_________________________________________________________________________________
Bunyi message tone lagu Fiction oleh kumpulan Beast mengejutkan aku dari tidur. Pantas handphone ditepi bantal disambar. Aku membuka sedikit mata dan melihat skrin telefon bimbit di tangan. Terdapat satu mesej daripada Q. Aku tersenyum sendiri. Keypad ditekan laju-laju. Mesej dibuka.
Salam Fiy.
Q nak share satu ayat,
Fiy cuba tengok maksud surah al-Hajj
ayat terakhir surah:
Allah telah memilih kita sebagai Muslim sejak dahulu,
cuba bayangkan kita tak dapat nikmat Islam.
Alangkah beruntungnya kita.
Tiba-tiba rasa kita patut bersyukur dengan
nikmat Allah yang paling besar iaitu nikmat Islam.
Good morning Fiy !
- Q -
Aku telan air liur. Bingkas aku bangkit daripada pembaringan. Telefon bimbit dibiarkan di atas katil. Sempat tanganku mencapai tuala good morning sebelum kaki melangkah ke sinki di ruang tamu. Pili dibuka dan air dibasahkan ke muka. Sejuk air yang menyapu muka menyegarkan sedikit mataku yang lesu. Aku mengelap muka dengan tuala good morning yang sedari tadi disangkutkan pada bahu. Usai membasuh muka, aku kembali ke bilik tidur. Telefon bimbit dicapai. Lincah jari jemariku menekan keypad phone.
Waalaikumussalam.
Hehe.. Sentap baca maksud tu.
Memang langsung saya bangun dari tidur..hoho.
Good morning Q ! Hee..
Say Alhamdulillah kita Muslim by nature :D
- Afiy -
Alhamdulillah.
Fiy, Q nak share lagu kat youtube..hehe.
The Glorified Names - no music by Benammi tak silap.
Best suara dia :)
- Q -
Haha..okeh. Nanti Fiy online, Fiy tengok.
Ni nak keluar, got to drive..hee.
- Afiy -
Noktah.
_________________________________________________________________________________
Aku mengeluarkan smartphone daripada tas tangan Umi. Talian internet di sekitar cuba dikenal pasti. Yes, ada wifi ! Aku tersenyum nipis. Laman youtube menjadi sasaran. Aku menaip perkataan 'The Glorified Names - no music by Benammi'. Link yang tertera ditekan. Secara automatik alunan bacaan 99 Nama Allah kedengaran. "Indah !" getus hati kecilku. Kagum aku mendengarkannya. Lunak suara yang mengalunkan langsung menghadiahkan ketenangan kepada hati. Dear Q, million thanks. :)
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."
(Ar-Ra'd: 28)
No comments:
Post a Comment