Assalamualaikum
Melihatkan mereka-mereka itu,
Aku mengeluh sendiri,
Bukan niat membenci,
Mahupun berlagak diri,
Hanya kerana aku pelajar universiti,
Tapi kerana aku punyai hati,
Yang tahu meluat dengan buruknya peribadi.
Engkau yang dia tatang,
Engkau yang dia kasihankan,
Engkau yang dia pertahankan,
Engkau yang dia percayakan,
Namun bagi aku,
Engkau yang paling menyakitkan pandangan.
Tidak ingin aku prejudis,
Apatah lagi pesimis,
Kerana aku mengerti,
Engkau masih mentah,
Tapi aku punyai resah,
Perangai burukmu tidak akan pernah berubah,
Dan aku akan selamanya diselubungi amarah.
Jangan diduga hati ini,
Jangan diteruskan perangai sebegini,
Aku memilih untuk diam,
Bukan kerana aku bungkam,
Tapi kerana aku malas melayan,
Jangan sampai marahku tertahan,
Dan melukai orang yang aku sayang,
Dek marahkan kau seorang.
p/s: So..buat perangai leklok ya budak. #fed up =.="
No comments:
Post a Comment