Assalamualaikum..
_________________________________________________________________________________
Desktop background itu direnungnya lama. Perlahan-lahan dia menuturkan bait-bait kata yang tertera.
'You have to do what is right for you... No one walks in your shoes.'
Dia mengalih pandang kepadaku. Aku hanya tersengih. Aku tahu apa yang bermain difikirannya. "Tak ada apa-apa pun. Saya saje je letak gambar tu jadi desktop background," ujarku bersahaja. Pantas lid laptop aku tutup. Sebentar lagi aku dan Ieqah akan keluar membeli makanan. Aku membetulkan sedikit lipatan tudung yang dirasakan tidak kena.
"Tipu."
Aku telan air liur. Aku mengerling pandang ke arah Ieqah. Dia sedang berpeluk tubuh. Tidak puas hati dengan alasanku barangkali. Err ?
"Ain cakap awak nak pergi main buaian kejap. Kenapa ? Ada apa-apa masalah ke ?"
Aku mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. "Cuma dah lama tak main. Tu je." Di hadapan kedai makan itu terdapat taman permainan. Aku gemar bermain buaian di situ. Main buaian buat aku rasa boleh escape kejap daripada problem...
"Jom pergi."
_________________________________________________________________________________
Aku lebih dahulu siap membeli makanan ketika Ieqah masih terkial-kial memilih lauk-pauk.
"Ieqah, saya pergi main buaian kejap."
Aku tidak menunggu Ieqah untuk mengangguk sebelum aku melangkah pergi. Kawasan sekeliling yang lenggang adalah peluang terbaik aku untuk main buaian. Yay ! Hoho
Dari kejauhan aku melihat Ieqah berjalan menuju ke arah ku. Langsung aku berhenti bermain buaian. Segera aku mendapatkan Ieqah.
"Kenapa berhenti bermain ?" Dua kening Ieqah terangkat. Aku tersenyum melihatnya.
"Panas." Ujarku sambil mengunjukkan jari ke matahari yang sedang terik menyinar. Tengah hari la katakan.
Tidak semena-mena Ieqah tergelak kecil. "Sebab tu saya hairan kenapa awak nak main buaian time tengah hari macam ni."
Aku hanya tersengih. 'Sebab saya nak main buaian sekarang, tak boleh tunggu petang nanti.' Tapi aku hanya mendiamkan diri. Langkahku mendahului Ieqah menuju ke motorsikal. Aku menoleh pandang kepadanya di belakang. Lambat-lambat Ieqah berjalan. Seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Kalau awak ada masalah, awak boleh cerita kat saya. Mana tau saya boleh tolong."
Aku terkebil-kebil memandang Ieqah yang sedang menghidupkan motorsikal. Tak sangka dia masih memikirkan tentangku. Riaknya serius. Err..
"You don't fit in my shoes Ieqah. Kaki awak lagi kecil dari kaki saya."
"Tak fit in tapi still saya boleh pakai kan ? Let me try walk in your shoes dulu. Boleh ?"
Aku hanya tergelak. Sekadar menghilangkan rasa gundah di hati. Sebenarnya aku langsung mati kata mendengarkan kata-kata Ieqah. 'Ieqah, berhenti bertanya. Awak tahu apa jawapan saya...'
"Kenapa tiba-tiba aje ?" Aku mempersoalkan tindakannya. Sebelum ni Ieqah tak begini.
"Sebab awak kawan saya. Saya nak kenal awak dengan lebih lanjut."
Aku mengetap bibir. 'Ieqah...' Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Terasa darah menyerbu naik ke muka. Serasa mahu menyorok muka di bawah bantal.
"Takpelah kalau awak tak nak share. Jom kita balik. Tapi, kalau awak perlukan someone, saya nak awak tahu, saya ada."
Ieqah menoktahkan perbualan. Mengalah dengan kedegilanku barangkali. Pandangan matanya tepat ke mataku. "Ok." Perlahan-lahan aku mengangguk dan kami sama-sama mengukir senyuman. 'Ieqah, terima kasih.'
_________________________________________________________________________________
Ieqah changed her profile picture.
Aku tersengih. Muncul idea nakal mahu mengusik dirinya. Laju jari-jemariku menaip di ruangan komen.
Aku: no, u'll never know my feeling = no one walks in ur shoes
haha. =P
Ieqah: Do you want to know my feeling? Then, let me walk in your shoes. fair and square. hee
Aku: Hahaha..well said Ieqah ! >_______<
Ieqah: So, let me borrow your shoes. A pair of very nice shoes I guess.
Noktah.
_________________________________________________________________________________
Aku meneliti satu-satu notification di facebook. Ada satu notification daripada Ieqah. Eh ?
Terpapar satu gambar kasut beserta puisi 'If you could walk in my shoes' di postkan oleh Ieqah pada wall fbku. Ada nota kaki yang dititipkan buatku di bawah gambar itu.
i'm always waiting for you to let me walk in your shoes.
haha.
chewahh..
Aku tergelak kecil melihatnya. Ieqah, terima kasih. Terima kasih sebab peduli. :)
Dear Ieqah. Saya bukan tak nak share dengan awak. Tapi sebab ia tak penting pun. Saya tak suka tunjukkan sisi marah dan sedih saya pada kawan-kawan saya sebab saya saya tak nak awak kenang saya dengan dua perangai tu. Saya harap awak kenal saya sebagai seorang yang ceria orangnya.
Time kita buat groupwork sekali, awak selalu minta maaf dengan saya. Awak selalu cakap pada saya,"Mesti awak bengang buat kerja sekali dengan saya kan ?" Tiap kali awak cakap macam tu, saya senyum aje. Tak, saya tak marah kat awak pun. Cuma saya stress sebab saya tak pandai buat assignment tu. Hehe. So saya minta maaf kalau riak marah saya obvious pada pandangan awak. Susah payah cover, terkantoi plak..hehe.
Last, terima kasih sebab buat saya rasa somebody, bukannya nobody lagi dalam kelas. Mungkin sebab saya kurang menyerlah, so awak calon nama saya jadi setiausaha sedangkan time tu saya bendahari kelas. Ohoiii..lain kali jangan buat lagi ya. Malu saya. Haha..but still, thanks for everything! Ukhuwah fillah abadan abada. Ehe..senyum lebar-lebar. :D
p/s: Ieqah (bukan nama sebenar) is My Gang ^^



No comments:
Post a Comment