_________________________________________________________________________________
Dia menjamah nasi berlaukkan gulai daging di pagi sahur itu dengan berselera sekali. Sesekali wajah Umi dan Abah dihadapannya dipandang sekilas. Bahagia ! Serasa mahukan saat itu terhenti, agar selamanya kebahagiaan itu dapat dia rasai. Dia tahu esok belum tentu dia dapat bersahur dengan Umi Abah lagi. Dia tahu itu...dia tahu...
Pinggan ditatang ke dapur. Periuk nasi dibuka. Perlahan-lahan dia menceduk satu senduk nasi lagi ke pinggannya.
"Anak, cepat. Ada 10 minit je lagi." Kedengaran suara Abah mengingatkannya akan waktu imsak yang sedang menghampiri.
Tergesa-gesa dia kembali ke meja makan. Dari ekor mata dia perasan Umi sedang tersenyum melihatnya.
Kalaulah Umi tau, dia sangat suka Umi tersenyum padanya. Kalaulah Umi tau...
Selesai makan, Umi bangkit dari duduknya. Dia pula masih terkial-kial menghabiskan sisa makanannya.
"Afiy sorang je yang tak tinggal Umi."
Terkejut dia mendengarkan kata-kata Umi. Serentak itu juga dia dapat merasakan lembut tangan Umi mengusap kepalanya.
Umi ?
Terasa sebak tiba-tiba.
_________________________________________________________________________________
Usai bersahur, dia berlalu ke biliknya. Handphone yang terletak elok di atas katil di capainya. Awal-awal lagi sebaik sahaja dia bangkit dari tidur, telefon itu dihidupkan. Semalam, sebelum tidur, sengaja dia mematikan telefon, tidak ingin dihubungi oleh sesiapa.
Tertera di skrin handphone, ada 7 mesej kesemuanya. 5 daripadanya adalah misscalled. Daripada orang yang sama. Dia mengeluh. Satu-satu mesej dibuka. Panggilan pertama adalah pada jam 11.12 malam dan disusuli dengan panggilan-panggilan berikutnya, sehinggalah panggilan terakhir pada jam 1:28 pagi.
Dia dapat apa yang dia nak. Tapi tetap rasa bersalah yang amat. Terutama sekali melihatkan kegigihan itu. Dan juga ketakutan itu.
Tapi dia lagi kasihankan diri sendiri. Maka dia berbuat begini. Mendesak orang disekeliling berbuat mengikut caranya kali ini. Dan dia berjaya melakukannya.
Fight for yourself !
Apa perlu dibuat jika nanti bersua muka ? Dia berfikir sejenak.
Heartless face for sure.
Bukan dah biasa buat ke? #Dang !
_________________________________________________________________________________
End.
End.
No comments:
Post a Comment