Usai solat witir berjemaah, dia bingkas bangun dari posisi
tahiyat akhirnya. Dalam tergesa-gesa, dia melangkah keluar daripada musolla
seperlahan mungkin, bimbang menganggu konsentrasi jemaah lain yang sedang
khusyuk mengalunkan zikir selepas solat. Kasut getah berwarna coklat kesayangannya
disarung pantas ke kaki dan dia terus berlalu tanpa menoleh lagi. Terasa sedikit
lega, tapi sampai bila ? Sampai bila mahu mengelak ? Dia mengeluh sendiri. Tiada
jawapan yang pasti untuk persoalan itu.
Tidak berniat untuk
menjadi seperti kacang lupakan kulit. Mahupun bersikap kurang ajar kepada orang
yang lebih tua daripadanya. Cuma ada sesuatu yang ingin dia buktikan. “They don’t
own me. But my parent does.” Bisiknya sendiri.
Setibanya di rumah, lid 'laptop' dibuka. ‘Headphone’ dilekatkan ke telinga. Lagu Kelly Clarkson
bertajuk Catch My Breath diulang dengar banyak kali.
Catching my breath, letting it go,
Turning my cheek for the sake of the show,
Now that you know, this is my life,
I won’t be told what supposed to be right.
Catch my breath, no one can hold me back,
I ain’t got time for that,
Catch my breath, won’t let them get me down,
It’s all so simple now.
Dia tersenyum mengejek. It’s
all so simple now ? Nope, tak semudah tu. Sejauh mana dia berlari, sejauh
itu ‘ia’ akan tetap mengejar. Tiada
jalan keluar. Selamanya terikat. Selamanya....
“Kau boleh tipu dia
tapi kau takleh tipu diri sendiri."
Bait-bait kata itu bermain di fikiran. Tapi kata hanya tinggal kata andai gagal melakukan sesuatu tentangnya.
"Awak, dia panggil." Seseorang menuturkan bicara. Dia mengangkat muka. Wajah itu direnung. Perlahan dia mengangguk.
"Ok, kejap lagi saya datang."
"Awak, dia panggil." Seseorang menuturkan bicara. Dia mengangkat muka. Wajah itu direnung. Perlahan dia mengangguk.
"Ok, kejap lagi saya datang."
Dan dia tahu kali ini dia gagal lagi untuk mengatakan 'Tidak'. Penumbuknya dikepal kejap. Marahnya tertahan. Buat penat aje lari tadi kalau tau macam ni akhirannya. Cis.
"Dear myself, I'm sorry...again."
"Dear myself, I'm sorry...again."
_________________________________________________________________________________
End.
p/s: sampaibilasampaibilasampaibilasampaibila... [selamanya u don't own ur life kalau macam ni. #sayabencidirisaya. Dang !]
No comments:
Post a Comment