Assalamualaikum..
Cinta itu terlalu abstrak
Kadang-kadang tak terluah
Kadang-kadang tak terpamer
Kadang-kadang cintaku hanya menyakiti
Bukan kerana aku tidak cinta
tetapi kerana terlalu mencintai.
Cinta itu terlalu abstrak
Boleh jadi hanya aku yg merasai
Boleh jadi aku disalah erti
Boleh jadi aku dilihatnya keji
Boleh jadi difikirnya aku benci.
Cinta itu terlalu abstrak
Kerana cinta, dirimu kulahirkan
Kerana cinta, kuberikannya didikan
Kerana cinta, kemahuannya ku
turutkan
Kerana cinta, dirinya ku
pertahankan
Kerana cinta, marahku tertahan
Namun, kerana cinta juga aku
terbuang
Hanya kerana cintaku yang tak
terluahkan.
Cinta itu terlalu abstrak
Ada yang tertanam sepi
Ada juga yang mengerti
Tp tiada cinta manusia yg abadi
Lalu tangis kusendiri
Bersujud dalam nikmat cinta Hakiki
Kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui
Segala rasa hati ini.
Cinta itu terlalu abstrak
Kerana itu juga aku mahu kau mengerti
Cinta bukan bererti selamanya
memiliki
Saatnya tiba, kau harus melepaskan pergi
Dan relakan diriku ini
Kembali kepada Yang Lebih
Mencintai. J
-Afiy- (12/06/13; 5.02pm)
![]() |
| find the love in this pic |
p/s: Ehe. Puisi ini dinukilkan oleh aku sendiri. Hasil cetusan rasa selepas membaca sebuah novel tema kekeluargaan bertajuk 'Ayahanda'. Peace, no war. J

No comments:
Post a Comment