Wednesday, July 31, 2013

Blank

Assalamualaikum..
_________________________________________________________________________________

Actually dalam fikiran banyak sebenarnya nak cerita tapi tak tau nak start dari mana. I guess I need to take some more time and fikir balik apa yang dah berlaku dua tiga hari ini. Huhu..

Hari Sabtu & Ahad- Arwah Tok admitted to hospital. Jagakan Tok dari waktu Asar sampai 10pm
Hari Isnin- Witnessed Tok meninggal dunia kat hospital.
Hari Selasa- Dgr jiran yg dah berusia jatuh dlm bilik air. Berdarah kat kepala. Admitted to hospital.
Hari Rabu (past midnight just now)- Another jiran yang dah berusia admitted to hospital. Too high blood pressure's reading.

Huhu..hospital...Out of sudden rasa tak sure la pulak mampu ke tak hadapi hari-hari di hospital time practical & keje nanti.. coz it contains too much sadness & pain...huhu T______T

Rabbuna Yusahhil.

Sincerely,
The so-blanked-me


Ajal..

Assalamualaikum..
_________________________________________________________________________________

29/07/2013, bersamaan 20 Ramadhan 1434H
7.20 ptg, Wad 8E, Katil no 28, Hospital Sultanah Nur Zahirah K.Trg
Tok (my moyang) kembali ke rahmatullah..

Al-Fatihah..
_________________________________________________________________________________

Waalaikumussalam.
Innalillahiwainnailaihiraji'un.
Takziah. 
Semoga moyang Fiy di tempatkan bersama kalangan orang-orang
yang soleh.
Allah, Allah, bulan Ramadhan penuh mulia, 
semoga arwah dicucuri rahmat.
Jangan sedih.
Q semalam dengar tazkirah Ustaz Pahrol, 
mati itu pasti dan akan pasti berlaku.
Itu rahsia Allah. Kita mintalah semoga kita mati nanti
dalam husnul khatimah dan mati dalam
kalimah La ilahaillallah.

- Q -

Monday, July 29, 2013

Tazkirah buat hati

Assalamualaikum.. Rawrr....xsempat nk update blog sebab my moyang masuk hospital hari Sabtu baru-baru ni. Huhuhu.. Btw, here's the new post ! Cite pasal my moyang later kita cerita ya. May Allah blesses us always. :)
_________________________________________________________________________________

Bunyi message tone lagu Fiction oleh kumpulan Beast mengejutkan aku dari tidur. Pantas handphone ditepi bantal disambar. Aku membuka sedikit mata dan melihat skrin telefon bimbit di tangan. Terdapat satu mesej daripada Q. Aku tersenyum sendiri. Keypad ditekan laju-laju. Mesej dibuka.

Salam Fiy. 

Q nak share satu ayat, 
Fiy cuba tengok maksud surah al-Hajj
ayat terakhir surah: 
Allah telah memilih kita sebagai Muslim sejak dahulu,
cuba bayangkan kita tak dapat nikmat Islam.
Alangkah beruntungnya kita. 
Tiba-tiba rasa kita patut bersyukur dengan 
nikmat Allah yang paling besar iaitu nikmat Islam.

Good morning Fiy !

- Q -


Aku telan air liur. Bingkas aku bangkit daripada pembaringan. Telefon bimbit dibiarkan di atas katil. Sempat tanganku mencapai tuala good morning sebelum kaki melangkah ke sinki di ruang tamu. Pili dibuka dan air dibasahkan ke muka. Sejuk air yang menyapu muka menyegarkan sedikit mataku yang lesu. Aku mengelap muka dengan tuala good morning yang sedari tadi disangkutkan pada bahuUsai membasuh muka, aku kembali ke bilik tidur. Telefon bimbit dicapai. Lincah jari jemariku menekan keypad phone.


Waalaikumussalam.
Hehe.. Sentap baca maksud tu.
Memang langsung saya bangun dari tidur..hoho.
Good morning Q ! Hee..
Say Alhamdulillah kita Muslim by nature :D 

Afiy -


Alhamdulillah. 
Fiy, Q nak share lagu kat youtube..hehe.
The Glorified Names - no music by Benammi tak silap.
Best suara dia :)

- Q -


Haha..okeh. Nanti Fiy online, Fiy tengok. 
Ni nak keluar, got to drive..hee.

- Afiy -

Noktah.
_________________________________________________________________________________

Aku mengeluarkan smartphone daripada tas tangan Umi. Talian internet di sekitar cuba dikenal pasti. Yes, ada wifi ! Aku tersenyum nipis. Laman youtube menjadi sasaran. Aku menaip perkataan 'The Glorified Names - no music by Benammi'. Link yang tertera ditekan. Secara automatik alunan bacaan 99 Nama Allah kedengaran. "Indah !" getus hati kecilku. Kagum aku mendengarkannya. Lunak suara yang mengalunkan langsung menghadiahkan ketenangan kepada hati. Dear Q, million thanks. :) 


"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."
(Ar-Ra'd: 28)



Friday, July 26, 2013

Ibrah Nuzul Qur'an ini

Assalamualaikum..

Saya mesej awak. Saya cakap saya terkilan sebab tak sempat nak khatamkan al-Qur'an before Nuzul Qur'an. Saya baru baca sampai juzuk 24. Sikit lagi nak juzuk 25. Well..tu la tak istiqamah sangat mengaji. Ikut plan asal sepatutnya dah khatam by 15 Ramadhan. Haishh. Btw, awak reply mesej saya.


Jangan biarkan masa berlalu aje. 
Fiy dah sampai juzuk 24, hebat laa, 
cuba tadabbur balik ayat-ayat Qur'an. 
Ambik ibrah (pengajaran), dengar bacaan Qur'an.
Banyakkan berzikir dan istighfar.
Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan.
Don't sad. 
Allah is always with us.
He will never let us alone 
and we need Him in every moment.
Smile.
Salam Nuzul Qur'an.
Salam Jumuaah Mubarakah.

-17 Ramadhan 1434H, 8.08am. Q-

::Ihfazillah Yahfazka::


Saya senyum bila baca mesej awak. Saya tau tu semua tapi saya saje nak suruh awak yang bagitahu saya. Okeh, ngada-ngada. Heehee..sayang awak lillahi Taala. :D

Yap saya ada perancangan saya. Allah juga ada perancangan Dia. Saya dah berusaha dan saya dah doa. Tapi perancangan Allah lagi baik. Sebab itu perancangan Allah mengatasi perancangan saya. Sebab Allah mahu yang terbaik untuk saya. Tadabbur al-Qur'an termasuk dalam list saya yang ketiga. Nampaknya Allah nak didik saya. Tiada makna Al-Qur'an itu dikhatam begitu sahaja, meski berulang-ulangkali, andai tidak difahami isinya.

Konklusi, jom khatam al-Qur'an dengan maknanya sekali ! Ehe. Insya-Allah.

p/s: Anyway, she is my Sweet Secretkeeper. ^^

Our story

Assalamualaikum..
_________________________________________________________________________________


Desktop background itu direnungnya lama. Perlahan-lahan dia menuturkan bait-bait kata yang tertera. 

'You have to do what is right for you... No one walks in your shoes.' 

Dia mengalih pandang kepadaku. Aku hanya tersengih. Aku tahu apa yang bermain difikirannya. "Tak ada apa-apa pun. Saya saje je letak gambar tu jadi desktop background," ujarku bersahaja. Pantas lid laptop aku tutup. Sebentar lagi aku dan Ieqah akan keluar membeli makanan. Aku membetulkan sedikit lipatan tudung yang dirasakan tidak kena.

"Tipu."

Aku telan air liur. Aku mengerling pandang ke arah Ieqah. Dia sedang berpeluk tubuh. Tidak puas hati dengan alasanku barangkali. Err ?

"Ain cakap awak nak pergi main buaian kejap. Kenapa ? Ada apa-apa masalah ke ?" 

Aku mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. "Cuma dah lama tak main. Tu je." Di hadapan kedai makan itu terdapat taman permainan. Aku gemar bermain buaian di situ. Main buaian buat aku rasa boleh escape kejap daripada problem...

"Jom pergi." 
_________________________________________________________________________________

Aku lebih dahulu siap membeli makanan ketika Ieqah masih terkial-kial memilih lauk-pauk.

"Ieqah, saya pergi main buaian kejap." 

Aku tidak menunggu Ieqah untuk mengangguk sebelum aku melangkah pergi. Kawasan sekeliling yang lenggang adalah peluang terbaik aku untuk main buaian. Yay ! Hoho

Dari kejauhan aku melihat Ieqah berjalan menuju ke arah ku. Langsung aku berhenti bermain buaian. Segera aku mendapatkan Ieqah.

"Kenapa berhenti bermain ?" Dua kening Ieqah terangkat. Aku tersenyum melihatnya.

"Panas." Ujarku sambil mengunjukkan jari ke matahari yang sedang terik menyinar. Tengah hari la katakan.

Tidak semena-mena Ieqah tergelak kecil. "Sebab tu saya hairan kenapa awak nak main buaian time tengah hari macam ni."

Aku hanya tersengih. 'Sebab saya nak main buaian sekarang, tak boleh tunggu petang nanti.' Tapi aku hanya mendiamkan diri. Langkahku mendahului Ieqah menuju ke motorsikal. Aku menoleh pandang kepadanya di belakang. Lambat-lambat Ieqah berjalan. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kalau awak ada masalah, awak boleh cerita kat saya. Mana tau saya boleh tolong." 

Aku terkebil-kebil memandang Ieqah yang sedang menghidupkan motorsikal. Tak sangka dia masih memikirkan tentangku. Riaknya serius. Err..

"You don't fit in my shoes Ieqah. Kaki awak lagi kecil dari kaki saya."

"Tak fit in tapi still saya boleh pakai kan ? Let me try walk in your shoes dulu. Boleh ?" 

Aku hanya tergelak. Sekadar menghilangkan rasa gundah di hati. Sebenarnya aku langsung mati kata mendengarkan kata-kata Ieqah. 'Ieqah, berhenti bertanya. Awak tahu apa jawapan saya...'

"Kenapa tiba-tiba aje ?" Aku mempersoalkan tindakannya. Sebelum ni Ieqah tak begini.

"Sebab awak kawan saya. Saya nak kenal awak dengan lebih lanjut."

Aku mengetap bibir. 'Ieqah...' Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Terasa darah menyerbu naik ke muka. Serasa mahu menyorok muka di bawah bantal.

"Takpelah kalau awak tak nak share. Jom kita balik. Tapi, kalau awak perlukan someone, saya nak awak tahu, saya ada."

Ieqah menoktahkan perbualan. Mengalah dengan kedegilanku barangkali. Pandangan matanya tepat ke mataku. "Ok." Perlahan-lahan aku mengangguk dan kami sama-sama mengukir senyuman. 'Ieqah, terima kasih.'
_________________________________________________________________________________ 


Ieqah changed her profile picture.

Aku tersengih. Muncul idea nakal mahu mengusik dirinya. Laju jari-jemariku menaip di ruangan komen.

Aku: no, u'll never know my feeling = no one walks in ur shoes
haha. =P

Ieqah: Do you want to know my feeling? Then, let me walk in your shoes. fair and square. hee

Aku: Hahaha..well said Ieqah ! >_______<

Ieqah: So, let me borrow your shoes. A pair of very nice shoes I guess. 

Noktah.
_________________________________________________________________________________

Aku meneliti satu-satu notification di facebook. Ada satu notification daripada Ieqah. Eh ?
Terpapar satu gambar kasut beserta puisi 'If you could walk in my shoes' di postkan oleh Ieqah pada wall fbku. Ada nota kaki yang dititipkan buatku di bawah gambar itu.


 i'm always waiting for you to let me walk in your shoes.
haha.
chewahh..

Aku tergelak kecil melihatnya. Ieqah, terima kasih. Terima kasih sebab peduli. :)

Dear Ieqah. Saya bukan tak nak share dengan awak. Tapi sebab ia tak penting pun. Saya tak suka tunjukkan sisi marah dan sedih saya pada kawan-kawan saya sebab saya saya tak nak awak kenang saya dengan dua perangai tu. Saya harap awak kenal saya sebagai seorang yang ceria orangnya. 

Time kita buat groupwork sekali, awak selalu minta maaf dengan saya. Awak selalu cakap pada saya,"Mesti awak bengang buat kerja sekali dengan saya kan ?" Tiap kali awak cakap macam tu, saya senyum aje. Tak, saya tak marah kat awak pun. Cuma saya stress sebab saya tak pandai buat assignment tu. Hehe. So saya minta maaf kalau riak marah saya obvious pada pandangan awak. Susah payah cover, terkantoi plak..hehe.

Last, terima kasih sebab buat saya rasa somebody, bukannya nobody lagi dalam kelas. Mungkin sebab saya kurang menyerlah, so awak calon nama saya jadi setiausaha sedangkan time tu saya bendahari kelas. Ohoiii..lain kali jangan buat lagi ya. Malu saya. Haha..but still, thanks for everything! Ukhuwah fillah abadan abada. Ehe..senyum lebar-lebar. :D

p/s: Ieqah (bukan nama sebenar) is My Gang ^^

Thursday, July 25, 2013

The Skies

Assalamualaikum..

Ada sesuatu yang dah lama aku rasa nak buat. Tau apa ? Baring kat rumput sambil mata pandang ke langit. Hehe..langit cantik kan ? Dengan awan-awan putih yang berarak, ditambah ada burung-burung yang riang berterbangan..hee..subhanallah, cantiknya. Then, hold your hand high. Dengan gaya bajet cam 'I can touch the skies !' sambil buat muka excited terlebih. Eceh. Tapi tangan yang touch the skies tu sebelah aje tau. Tangan yang sebelah lagi buat alas kepala. Huahuahua. Imaginasi terlebih ni.

Tapi angan-angan tinggal angan-angan je. Macam tak sopan pulak duk baring-baring kat rumput, walaupun kat halaman rumah sendiri. Faham-faham je la hidup berjiran. Kena tau malu kat jiran-jiran yang lelaki..sobss. Lagipun, angsa-angsa mak cik aku suka berak merata-rata. Kalau terpijak dengan selipar pun dah rasa haru-biru, apalagi kalau bertempek satu kat kepala. Uhuk.
Kalau encik dan cik ular pun datang join sekali tengok langit, lagi la bertambah-tambah haru. Melampau betul kan diorang ni ? Haishhh... =.="

So apa boleh buat ? Buat dengan gaya berdiri la, tak pun time duduk kat kerusi. Still cool what..hehe. Cara sama gak, hold your hand high. Tapi kali ni jarakkan jari-jemari. And see the skies in between your fingers..hehe. Buat ni time dah petang tau, baru best. Kalau tengah hari, terik sangat tu. Camna la nak tengok langit..ohoiii~

Btw, aku ada seorang kawan yang aku pernah ckp kat dia, 'Each time awak rindu saya, awak pandang langit tau. Sebab itu langit sama yang saya pandang.'

Tak pasal-pasal tengok langit dah jadi hobi awak ye ? Boleh tak nak cubit pipi awak sambil cakap 'Awak ni comel la.'..hohoho :P

Aha, sudah-sudah la tu merepek. Bye. :D

Tulis surat ? Hee

Assalamualaikum..

Hmm..baru je lepas tengok cerita The Brotherhood of War (Tae Guk Gi). Tacing ar cite ni..haishh.. Memang tema favourite aku, tema kekeluargaan. Nangis laju-laju..sobsss.

Btw, selain mengangkat kisah kasih sayang antara abang & adik, aku jumpa something yang menarik gak dlm cerita ni.

"Feeling is well better explain in writing."

Tu bagi aku ar, sebab aku nampak ia sebegitu. Ahah, mungkin bagi certain orang tak, tapi ada je orang-orang yang jenis susah nak luahkan perasaan melalui bicara. So, lagi senang meluahkan pakai tulisan aka tulis surat..haha.

Tulis surat kolot ke ? Taklah, mengarut betul ideologi macam tu. Tulis surat la best. Nanti surat tu boleh simpan. Dah tua-tua nanti boleh kenang balik..haha, macam apa je. Oh, teringat balik, masa kecik-kecik dulu aku suka tulis nota-nota kecil untuk Umi aku. Haha (garu kepala yang tak gatal). Aku tulis simple things cam 'Saya sayang Umi' dalam buku nota kecil pastu hadiahkan kat Umi (tulis kat kad pun ade jugak). Bila dah besar-besar sikit ni aku terjumpa balik buku tu. Tak sangka pulak Umi still simpan (eventhough buku nota tu aku jumpa di celah-celah kertas Umi yang bertimbun..haha). Tetiba rasa diri sendiri sungguh sweet. Ahaha..tp tu time kecik-kecik dulu la. Bila dah masuk matrik, dah start jiwa kental (eceh..ye je kau). 

So, that's why la aku rasa aku termasuk dalam kalangan orang yang susah luahkan perasaan kot. Rasanya kalau tulis surat, mesti berkajang kertas aku tulis. Haha..kalau tulis mesej pun camtu gak. Banyak je nak cerita. Tapi kalau call, cakap dua tiga patah aje. Biasanya aku akan lebih banyak mendengar. Camtu la aku dgn kakak aku. Sampaikan last sekali kakak aku akan ckp, "Bosan lah cakap dgn mg." Haha. Then aku akan mesej dia & tulis things yang tak terluahkan. Heeee.

Well, apa nak kecoh. Lain orang, lain cara dia express feeling, ya tak ? Yang penting tulus dari hati..aha. Things that you express from heart will touch others hearts too. Aku dah lupa sape cakap tapi lebih kurang macm tu la ayat dia. Hehe.

So Happy Expressing Your Feeling then ! Senyum lebar-lebar :D

Wednesday, July 24, 2013

Misi bersahur dgn Umi

Assalamualaikum..
_________________________________________________________________________________

Dia menjamah nasi berlaukkan gulai daging di pagi sahur itu dengan berselera sekali. Sesekali wajah Umi dan Abah dihadapannya dipandang sekilas. Bahagia ! Serasa mahukan saat itu terhenti, agar selamanya kebahagiaan itu dapat dia rasai. Dia tahu esok belum tentu dia dapat bersahur dengan Umi Abah lagi. Dia tahu itu...dia tahu...

Pinggan ditatang ke dapur. Periuk nasi dibuka. Perlahan-lahan dia menceduk satu senduk nasi lagi ke pinggannya. 

"Anak, cepat. Ada 10 minit je lagi." Kedengaran suara Abah mengingatkannya akan waktu imsak yang sedang menghampiri. 

Tergesa-gesa dia kembali ke meja makan. Dari ekor mata dia perasan Umi sedang tersenyum melihatnya.
Kalaulah Umi tau, dia sangat suka Umi tersenyum padanya. Kalaulah Umi tau...

Selesai makan, Umi bangkit dari duduknya. Dia pula masih terkial-kial menghabiskan sisa makanannya.

"Afiy sorang je yang tak tinggal Umi." 

Terkejut dia mendengarkan kata-kata Umi. Serentak itu juga dia dapat merasakan lembut tangan Umi mengusap kepalanya.

Umi ? 

Terasa sebak tiba-tiba.
_________________________________________________________________________________

Usai bersahur, dia berlalu ke biliknya. Handphone yang terletak elok di atas katil di capainya. Awal-awal lagi sebaik sahaja dia bangkit dari tidur, telefon itu dihidupkan. Semalam, sebelum tidur, sengaja dia mematikan telefon, tidak ingin dihubungi oleh sesiapa. 

Tertera di skrin handphone, ada 7 mesej kesemuanya. 5 daripadanya adalah misscalled. Daripada orang yang sama. Dia mengeluh. Satu-satu mesej dibuka. Panggilan pertama adalah pada jam 11.12 malam dan disusuli dengan panggilan-panggilan berikutnya, sehinggalah panggilan terakhir pada jam 1:28 pagi.

Dia dapat apa yang dia nak. Tapi tetap rasa bersalah yang amat. Terutama sekali melihatkan kegigihan itu. Dan juga ketakutan itu.

Tapi dia lagi kasihankan diri sendiri. Maka dia berbuat begini. Mendesak orang disekeliling berbuat mengikut caranya kali ini. Dan dia berjaya melakukannya.

Fight for yourself !

Apa perlu dibuat jika nanti bersua muka ? Dia berfikir sejenak.

Heartless face for sure. 

Bukan dah biasa buat ke? #Dang !
_________________________________________________________________________________

End.

Monday, July 22, 2013

Friends ? :)

Assalamualaikum..

I don't consider myself as someone yg ada ramai kawan. Oh, walaupun pernah dgr statement camni drpd seorang kawan: "Awak xpe. Awak ramai kawan." Sehingga membuatkan aku tersangat la musykil. "Do I really have lots of friends ? Kenapa tak pernah tau pun ? Haha..adess."

Tapi sebenarnya aku suka kawan dengan semua orang, walaupun pada realitinya orang tak nampak macam tu pun..aiyok. Orang selalu nampak aku sombong (sebab aku selalu diam kot), tapi once dah ngam, banyak je mulut aku sebenarnya..haha. Dan true color juga akan terserlah..ohoii~ XD

So since aku tak reti sangat mcm mana nak start berborak dengan org, biasanya aku akan just senyum aje. Well, that's better rather than aku duk diam je kan. At least kalau aku senyum, 1st impression org  kat aku boleh jadi mcm ni: "Hmm..rasanya dia ni mesra gak orgnya. Asyik senyum aje dari tadi." (Eceh, ye je kau).

Tapi pernah aje kena sedas dengan hyung aku. Hyung aku ni girl tau, so jgn fikir dia boy lak.

"Ko pehal asyik senyum-senyum ? Ko ok ke tak ni wei ? Wahahaha !"
"Err..err..hyungggg... T______T (sambil garu kepala yg tak gatal)"

That is my hyung. Dia suka gelakkan aku tanpa sebab. Ye ke ? Ahaha..pembuli tegar tu. Keje dia asyik nak kenakan aku aje. Adess.

Btw, kawan-kawan aku boleh dikategorikan kepada 4 peringkat. Bayangkan piramid tau.

  • Peringkat plg bawah iaitu peringkat keempat: kawan-kawan biasa 
  • Peringkat ketiga: My Gang
  • Peringkat kedua: My Besties
  • Peringkat pertama: My Secret Keeper
Ehehehhee..

Kawan-kawan biasa tu sesiapa aje. Tak kisah la walaupun aku pernah borak just sekali je ngn dia, xpun aku pernah senyum aje kat dia, otomatiknya dia masuk group kawan-kawan biasa aku. Har har har.

My Gang ialah kawan-kawan yang aku selesa hang out sekali & aku sayang diorang. Hai korang. (Ehe..senyum lebar2)

My Besties ialah kawan-kawan aku yang aku akan rasa sedikit serba tak kena tanpa kehadiran dia. Nak tau kenapa ? Sebab most of my besties are my source of strength. Normally my besties is/are someone yang selalu dilihat ke hulu ke hilir dengan aku. Source of strength la katakan. Muehehehehe. So kalau dia tak de, aku akan bertukar jadi pendiam tetiba. Y ? sebab aku rasa lost sangat-sangat. #pelik tapi benar..hohoho

Lastly is my Secret Keeper. Sesuai dengan titlenya sebagai secret keeper, only trusted person je yang dipilih. Dan currently aku ada 4 je secret keeper. Aisehh, macam ramai la plak..hohoho. The Best thing is my Ultimate Secret Keeper is my own kakak ! Heee.. Kesedihan aku, kegembiraan aku, rasa hati aku, gundah gulananya aku...kakak aku yg paling tau semuanya. Tapi yang paling sengal ialah kakak aku ialah my only secret keeper yang suka buat aku nangis. Always. Haha..she doesn't meant it actually. But at least, kakak is my secret keeper yang aku percaya takkan pernah tikam aku drpd belakang. Sayang kak banyak-banyak! ^^

Lagi 3 orang, let it remains as secret. Haha.

Tapi, aku nak bt ucapan la sket utk secret keeper aku ni. Terima kasih sebab selalu ada untuk saya. Terima kasih sebab selalu support saya. Terima kasih sebab dengar celoteh saya. Dan terima kasih sebab buat saya rasa  berharga. Eceh..haha. Bye !

p/s: di lain post aku akan cerita serba sedikit tentang my friends (kalau aku rajin la..huahuahua). Nanti tgk la siapa yg kena ! :P

Sunday, July 21, 2013

Baik-baik kau wahai hati

Assalamualaikum

Melihatkan mereka-mereka itu,
Aku mengeluh sendiri,
Bukan niat membenci,
Mahupun berlagak diri,
Hanya kerana aku pelajar universiti,
Tapi kerana aku punyai hati,
Yang tahu meluat dengan buruknya peribadi.

Engkau yang dia tatang,
Engkau yang dia kasihankan,
Engkau yang dia pertahankan,
Engkau yang dia percayakan,
Namun bagi aku,
Engkau yang paling menyakitkan pandangan.

Tidak ingin aku prejudis,
Apatah lagi pesimis,
Kerana aku mengerti,
Engkau masih mentah,
Tapi aku punyai resah,
Perangai burukmu tidak akan pernah berubah,
Dan aku akan selamanya diselubungi amarah.

Jangan diduga hati ini,
Jangan diteruskan perangai sebegini,
Aku memilih untuk diam,
Bukan kerana aku bungkam,
Tapi kerana aku malas melayan,
Jangan sampai marahku tertahan,
Dan melukai orang yang aku sayang,
Dek marahkan kau seorang.


p/s: So..buat perangai leklok ya budak. #fed up =.="

Kesepian itu...

Assalamualaikum.

Oh, sejak bila kita menjadi sungguh kejam ? =.="

Eh, tak. Memang sblm ni dah kejam pun. Cuma buat2 tak perasan. Haishh..

_________________________________________________________________________________

Sepanjang solat terawih pandangan mata itu sehabis daya cuba aku elakkan. Bukan benci, tapi rasa bersalah yang amat.

Otakku kembali berputar. Memainkan semula sketsa yang dilakonkan.

Dikala senja itu, deringan telefon aku biarkan bernyanyi sumbang. 

Aku mengeluh berat. Otak sudah kering dengan alasan.

Umi mengalih pandang kepadaku. "Kenapa tak angkat phone ? Siapa call ?"

"Dia." Umi diam mendengarkan jawapanku dan berlalu ke dapur. 

Aku merenung kembali handphone di tangan yang masih berdering. 

Aku nekad dengan keputusan aku. Tiada siapa boleh mengubahnya. 

Perlahan-lahan aku masukkan ke dalam poket. 

Aku telan air liur. Kejamkah aku ? 

Setelah beberapa ketika, deringan terhenti. Bosan dengan kedegilanku mungkin.

Maaf sangat-sangat !
_________________________________________________________________________________

"Tadi berbuka bertiga sahaja. Budak-budak tu tak datang."

Aku tersentap. Perbualan itu aku curi dengar.

Rasa bersalah mulai datang bertimpa-timpa. Berkecil hatikah dirimu ? Khabarkan kepadaku !

Kesepian itu, hanya dia yang rasa.

Namun dia hanya diam tatkala tangannya aku salami.

Aku jadi malu sendiri.

Aku tidak ingin kita jadi begini, tapi aku juga tak punyai solusi.

Tersepit antara kemahuanku sendiri dan dirimu yang bergelumang sepi.

Kalaulah melakukannya sesenang bicara. Kalaulah....

_________________________________________________________________________________

Noktah.

Friday, July 19, 2013

Okeh, loser. =.="

Usai solat witir berjemaah, dia bingkas bangun dari posisi tahiyat akhirnya. Dalam tergesa-gesa, dia melangkah keluar daripada musolla seperlahan mungkin, bimbang menganggu konsentrasi jemaah lain yang sedang khusyuk mengalunkan zikir selepas solat. Kasut getah berwarna coklat kesayangannya disarung pantas ke kaki dan dia terus berlalu tanpa menoleh lagi. Terasa sedikit lega, tapi sampai bila ? Sampai bila mahu mengelak ? Dia mengeluh sendiri. Tiada jawapan yang pasti untuk persoalan itu.

Tidak berniat untuk menjadi seperti kacang lupakan kulit. Mahupun bersikap kurang ajar kepada orang yang lebih tua daripadanya. Cuma ada sesuatu yang ingin dia buktikan. “They don’t own me. But my parent does.” Bisiknya sendiri.

Setibanya di rumah, lid 'laptop' dibuka. ‘Headphone’ dilekatkan ke telinga. Lagu Kelly Clarkson bertajuk Catch My Breath diulang dengar banyak kali.


Catching my breath, letting it go,

Turning my cheek for the sake of the show,

Now that you know, this is my life,

I won’t be told what supposed to be right.


Catch my breath, no one can hold me back,

I ain’t got time for that,

Catch my breath, won’t let them get me down,

It’s all so simple now.


Dia tersenyum mengejek. It’s all so simple now ? Nope, tak semudah tu. Sejauh mana dia berlari, sejauh itu ‘ia’ akan tetap mengejar. Tiada jalan keluar. Selamanya terikat. Selamanya....

“Kau boleh tipu dia tapi kau takleh tipu diri sendiri."

Bait-bait kata itu bermain di fikiran. Tapi kata hanya tinggal kata andai gagal melakukan sesuatu tentangnya.

"Awak, dia panggil." Seseorang menuturkan bicara. Dia mengangkat muka. Wajah itu direnung. Perlahan dia mengangguk.

"Ok, kejap lagi saya datang."

Dan dia tahu kali ini dia gagal lagi untuk mengatakan 'Tidak'. Penumbuknya dikepal kejap. Marahnya tertahan. Buat penat aje lari tadi kalau tau macam ni akhirannya. Cis.

"Dear myself, I'm sorry...again." 
_________________________________________________________________________________

End.

p/s: sampaibilasampaibilasampaibilasampaibila... [selamanya u don't own ur life kalau macam ni. #sayabencidirisaya. Dang !]

A Memoir

Tasbih itu aku renung. Manik-manik kristalnya yang berjumlah 33 biji disusun elok dan diselang-selikan dengan warna hitam dan putih. Cantik ! Tersenyum aku melihatnya. Lagi-lagi apabila mengenangkan ianya hadiah pemberian seseorang sempena ulangtahun kelahiranku.

Aku mencapai kad kecil yang disertakan bersama tasbih itu. Ada sesuatu yang tercoret padanya.

Sanah helwah ya ukhti jamilah...

Semoga menjadi hamba
Allah, anak, pelajar
yang solehah
berjaya di dunia & akhirat.


~Ain~

"Ain.." Aku membisik nama itu perlahan.

Tasbih kristal itu kugenggam kemas. Tasbih yang dibuat sendiri oleh Ain untukku.

Terima kasih, Ain ! Awak buat saya rasa special. :)

_________________________________________________________________________________

“Ain, kejap.” Tanganku menarik lengan Ain, menghalangnya daripada berdiri.

“Huh ?” Ain memandang aku dengan kehairanan. Dia tidak jadi untuk bangkit dari duduknya di katil milikku. Aku mengengsot sedikit, membetulkan dudukku agar lebih dekat dengan Ain. 

“Stay like this for 5 minutes pleaseee..”  Serentak dengan itu aku melentokkan kepala dan melingkari kedua-dua tanganku ke bahu Ain. Ain tergelak kecil melihatkan aku sebegitu. Yalah, tetiba aje. Tak pernah-pernah aku sebegini.

“Kenapa ni ?” Tangan kanan Ain mengusap kepalaku lembut. Oh, Ain ni macam mak-mak dah. Aha.

“Saje. Rasa nak peluk someone.” Ucapku sambil tersenyum kelat. 

“Haha. Ada-ada je la awak ni.” Ain membalas senyumanku dengan tawanya yang masih bersisa.

Aku mengemaskan pelukan.

"Ain, next time saya sedih lagi boleh saya peluk awak...? :) "

_________________________________________________________________________________

Dang ! Okeh, saya rindu. =.="

End.

Thursday, July 18, 2013

Keboringan Tahap 1

Assalamualaikum.. Nah cerpen merapu di kala keboringan..hehe.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jari jemarinya laju mengetuk papan kekunci komputer peribadi. Kerja yang sudah bertangguh sejak tiga hari lepas, minit mesyuarat Kuliah Dhuha CAMPRO (Campus Dakwah Project) terpapar di skrin komputernya. “Fokus!” Desis hati kecilnya. Lagu ‘Fobia Cinta’ menjadi sajian halwa telinganya. Senyuman terukir di bibir. Terasa sedikit lucu mendengarkan bait-bait lagu tersebut. “Keanak-anakan..tapi menarik juga.”

‘Headphone’ di kepala dibetulkan sedikit kedudukannya. Mendengar lagu sambil membuat kerja sudah menjadi tabiatnya. Sekurang-kurangnya dia berjaya menahan kantok. Laporan itu harus disiapkan segera. Mana tidaknya, sudah tiga hari tertunggak. Mujurlah Assistant Programme Manager (APM) memahami. Apatah lagi ini kali pertama dia memegang jawatan setiausaha, sudah tentulah masih belum cekap menulis laporan. Teringat dia perbualan dengan APM di bilik mesyuarat tiga hari lepas.

“Saya lantik awak jadi setiausaha tau.”

Matanya sedikit membulat. Dia menoleh ke arah pemilik suara disebelahnya. Wajah ceria APM itu dipandangnya. Baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi dia sudah disergah dengan kenyataan itu. Nampaknya kali ini dia sudah tidak mampu melarikan diri lagi.

“Akak tak pernah putus asa dengan saya kan?” Pandangan APM ditentang. APM tergelak kecil sambil mengangguk-angguk. “Apa-apa jelah.” Dia tersenyum sendiri, malas membangkang.

Belajar daripada kehidupan, kutip setiap pengalaman..dia tahu itu. Laman pencarian Google dibuka. Beberapa contoh laporan minit mesyuarat diteliti. Bukan tidak pernah belajar di sekolah dahulu, cuma dia sudah ingat-ingat lupa. “Belajar utk lulus periksa beginilah jadinya.” Dia mengeluh sendiri. Tiba-tiba terasa ‘headphone’nya dialihkan drpd kepala. Eh ?

“Mengeluh apa tu Cik Setiausaha? Hehe..” Suara lunak itu menyapa gegendang telinganya. Dia menoleh ke belakang. Teman sebiliknya itu sedang tersenyum simpul. Lesung pipit jelas kelihatan di pipi kanannya. Adila ! Nakal sungguh orangnya.

“Teringat kat awaklah. Rindu. Seharian tak nampak,” usiknya sambil tersengih. Mengusik teman-teman sejantinanya sebegitu sudah menjadi kebiasaan. ‘Headphone’ ditangan Adila diambil dan disangkutkan ke leher.

“Hahaha..yelah tu.” Galak Adila tertawa senang sebelum menekup mulutnya dengan tangan, bimbang menganggu lena teman-teman sebilik yang lain. Mudah benar dia tertawa, pantang diusik. Muka gadis berkulit cerah itu sudai mulai kemerahan.

“Haha. Betul la. Awak tu kenapa tak tidur lagi ? Dah lewat ni.” Dia menukar topik bicara. Jam tangannya dikerling. Sudah melebihi angka 12 malam. Biasanya Adila sudah tidur pada waktu begini, kecuali ada tugasan yang menuntut lebih perhatian.

“Ha, saya nak tidur la ni. Saje jenguk awak buat kerja, ” ucapnya riang sambil menapak menghampiri. Pandangannya tertancap pada paparan di komputer peribadi itu. Laporan minit mesyuarat yang masih belum siap itu ditelitinya. “Bagus !” Bahu itu ditepuk perlahan. Senyuman manis menghiasi wajah Adila. Barisan giginya jelas kelihatan.

Dia tersengih. Sudah dikhabarkannya kepada Adila sedari pagi tadi supaya meneliti hasil kerjanya. Dia bukanlah seorang yang begitu arif mengenai laporan minit mesyuarat. Maka sewajarnya dia merujuk kepada yang lebih berpengalaman daripadanya. Namun, minit mesyuarat itu masih belum siap sepenuhnya. Baru 50 % yang siap. “Harus disiapkan malam ini jugak !” Dia nekad.

“Boleh saya tutup lampu kat siling ?” Adila mengunjuk lampu kalimantang yang bersinar terang itu.

“Yup, tutuplah. Saya pakai lampu belajar.”

“Okeh, ‘sorry’. Kalau tak tutup, nanti saya tak boleh tidur.”

“Haha, rilekslah. Selamat malam Adila.”

“Ok, selamat malam.”

Gadis itu berlalu pergi ke ruangannya dan dia menyambung kerja yang tertangguh. Menginjak ke jam 2.30 pagi, kantoknya semakin menjadi-jadi. Habis satu mug air milo panas diminumnya. Namun tidak berhasil menyegarkan matanya. Entah sudah kali ke berapa dia menguap. Matanya mulai terasa berat.  Badan juga terasa penat. Dia mengeliat sedikit, membetulkan urat-urat yang terasa berselirat. Laporan minit mesyuarat itu dipandangnya sepi.

“Tak sempat jugak nak siapkan malam ni.” Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia berkira-kira mahu tidur sahaja. Kalau tidak ‘confirm’ esok dia mesti pengsan dalam kelas. Selesai menyimpan data minit mesyuaratnya, dia bingkas bangun dari duduknya, lampu belajar ditutup. Selimut diraih dan badannya direbahkan ke katil. Baru sahaja memejamkan mata, terus dia terlena. Penat sungguh barangkali !

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

End.

What happen to my life ?

Assalamualaikum..

It's not as simple as saying,"This is my life, I won't be told what's supposed to be right". Tu petikan lagu Kelly Clarkson yg bertajuk 'Catch my breath'.

Hehe..sebenarnya aku rasa penat sgt hari ni. Bukan penat fizikal tapi penat dan lesu jiwa melayan kerenah sesetengah orang. Aku tak tau kenapa tp org suka buat decision on my behalf. They don't give me choices tp terus bt keputusan muktamad. Aku tak layak bt keputusan sendiri kah ? Kenapa org suka pentingkan diri sendiri, tanpa ambil peduli perasaan org lain ? Kenapa ek ? Dan kenapa aku asyik yg kena ?

Setiap kali aku ckp, 'Tak nak/No' (or perkataan yg seangkatan dgnnya yg menggambarkan ketidakmahuan aku), don't know why people read it as 'Yes'. Aduss. T____T

Lagi susah bila people just won't listen. Walaupun aku ckp 'No' tp tu semua bagai di angin lalu je. Macam aku tak pernah ckp. Aku tak bisu tp org xnak dgr. Aku ada kemahuan sendiri tp org fikir aku robot mungkin. Sampai sudah aku tak dapat buat keputusan sendiri. Aku nak sangat suarakan apa yg aku mahu, tp bila setiap satunya disanggah hebat, aku hanya mampu tahan dan sabarkan diri. (so biasanya aku buat heartless trus..spya aku ley tahan diri drpd menangis disebabkan oleh terlalu bengang..hmmm)

Lagi parah bila aku sedang cuti semester ni. Entah kenapa org selalu fikir aku duk lepak je kat rumah. Xbuat pape. Mungkin yang kemas rumah, yg basuh pinggan, yg bt laundry, yg sidai angkat lipat kain, yg memasak, yg sapu lantai tu semua jin belaan aku kot yg buat (tapi kenapa aku xprnh tau pn aku ada bela jin =.=").

The only housework yg aku xbuat ialah iron baju kerja & baju kurung. So my maid buat part tu. The best part is bila my maid dtg on that day (dia biasanya datang 3x seminggu je, xduduk kat rmh aku). Hebat, seperti kerja terancang. Dia bijak sebab dia datang waktu petang. Ha, by that time biasanya umi abah aku akan balik. And normally aku akan menghadap laptop time tu (sbb housework semua dh setel). So situasi rumah yg bersih dengan my maid tgh iron baju & aku dgn lepaknya menghadap laptop akan menjadikan ia kelihatan seperti semua housework kat rumah tu dilakukan oleh my maid. Lembu punya susu tp sapi dpt nama. Hebat tak ? Dan aku akan dihentam sebagai tak buat apa2. Salah aku ke kalau usaha aku org xnampak ? Aku x expect org appreciate usaha aku tp at least jgn lempar tuduhan yg xbenar..please.

The End (mls tulis byk2).

Sincerely,
Aku


The freak me eh ? hmm @_@


p/s: Jangan buat aku mcm ni lagi pleaseee.. (k fine, xde adults yg dgr pn =.=)

Wednesday, July 17, 2013

Cinta itu terlalu abstrak

Assalamualaikum..

Cinta itu terlalu abstrak
Kadang-kadang tak terluah
Kadang-kadang tak terpamer
Kadang-kadang cintaku hanya menyakiti
Bukan kerana aku tidak cinta tetapi kerana terlalu mencintai.

Cinta itu terlalu abstrak
Boleh jadi hanya aku yg merasai
Boleh jadi aku disalah erti
Boleh jadi aku dilihatnya keji
Boleh jadi difikirnya aku benci.

Cinta itu terlalu abstrak
Kerana cinta, dirimu kulahirkan
Kerana cinta, kuberikannya didikan
Kerana cinta, kemahuannya ku turutkan
Kerana cinta, dirinya ku pertahankan
Kerana cinta, marahku tertahan
Namun, kerana cinta juga aku terbuang
Hanya kerana cintaku yang tak terluahkan.

Cinta itu terlalu abstrak
Ada yang tertanam sepi
Ada juga yang mengerti 
Tp tiada cinta manusia yg abadi
Lalu tangis kusendiri
Bersujud dalam nikmat cinta Hakiki
Kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui 
Segala rasa hati ini.

Cinta itu terlalu abstrak
Kerana itu juga aku mahu kau mengerti
Cinta bukan bererti selamanya memiliki
Saatnya tiba, kau harus melepaskan pergi
Dan relakan diriku ini
Kembali kepada Yang Lebih Mencintai. J


-Afiy- (12/06/13; 5.02pm)

find the love in this pic


p/s: Ehe. Puisi ini dinukilkan oleh aku sendiri. Hasil cetusan rasa selepas membaca sebuah novel tema kekeluargaan bertajuk 'Ayahanda'. Peace, no war. J

Tuesday, July 16, 2013

Awas bicara mu !

Assalamualaikum.

Adab dalam bersahabat..tutur kata harus dijaga. :)

Lain orang, lain cara dia berbicara dengan sahabatnya.

Kenali sahabat anda. Fahami dirinya, bila masa yg sesuai utk bergurau kata dan bila masa utk serius berbicara.

Kadang-kadang tanpa sedar ada hati yang terluka. Terkedu seribu bahasa. Sedangkan si pelaku langsung tidak menyedarinya. Ataupun masih dalam mood gurau kasarnya.

Jika org lain yg mendengarnya pn langsung tersentap, apatah lagi si dia yang dijadikan bahan jenaka.

Jangan sampai dia merasa terhina kerana becoknya mulut kita.

Diam itu lebih baik jika tiada perkataan baik yg mahu dituturkan.

So, hati-hati ya. :)

Sayang sahabat tak ? Kalau sayang, jgn bt mcm ni lagi. ^^



p/s: Salam 8 Ramadan 1434 H..hee