Sunday, July 21, 2013

Kesepian itu...

Assalamualaikum.

Oh, sejak bila kita menjadi sungguh kejam ? =.="

Eh, tak. Memang sblm ni dah kejam pun. Cuma buat2 tak perasan. Haishh..

_________________________________________________________________________________

Sepanjang solat terawih pandangan mata itu sehabis daya cuba aku elakkan. Bukan benci, tapi rasa bersalah yang amat.

Otakku kembali berputar. Memainkan semula sketsa yang dilakonkan.

Dikala senja itu, deringan telefon aku biarkan bernyanyi sumbang. 

Aku mengeluh berat. Otak sudah kering dengan alasan.

Umi mengalih pandang kepadaku. "Kenapa tak angkat phone ? Siapa call ?"

"Dia." Umi diam mendengarkan jawapanku dan berlalu ke dapur. 

Aku merenung kembali handphone di tangan yang masih berdering. 

Aku nekad dengan keputusan aku. Tiada siapa boleh mengubahnya. 

Perlahan-lahan aku masukkan ke dalam poket. 

Aku telan air liur. Kejamkah aku ? 

Setelah beberapa ketika, deringan terhenti. Bosan dengan kedegilanku mungkin.

Maaf sangat-sangat !
_________________________________________________________________________________

"Tadi berbuka bertiga sahaja. Budak-budak tu tak datang."

Aku tersentap. Perbualan itu aku curi dengar.

Rasa bersalah mulai datang bertimpa-timpa. Berkecil hatikah dirimu ? Khabarkan kepadaku !

Kesepian itu, hanya dia yang rasa.

Namun dia hanya diam tatkala tangannya aku salami.

Aku jadi malu sendiri.

Aku tidak ingin kita jadi begini, tapi aku juga tak punyai solusi.

Tersepit antara kemahuanku sendiri dan dirimu yang bergelumang sepi.

Kalaulah melakukannya sesenang bicara. Kalaulah....

_________________________________________________________________________________

Noktah.

Friday, July 19, 2013

Okeh, loser. =.="

Usai solat witir berjemaah, dia bingkas bangun dari posisi tahiyat akhirnya. Dalam tergesa-gesa, dia melangkah keluar daripada musolla seperlahan mungkin, bimbang menganggu konsentrasi jemaah lain yang sedang khusyuk mengalunkan zikir selepas solat. Kasut getah berwarna coklat kesayangannya disarung pantas ke kaki dan dia terus berlalu tanpa menoleh lagi. Terasa sedikit lega, tapi sampai bila ? Sampai bila mahu mengelak ? Dia mengeluh sendiri. Tiada jawapan yang pasti untuk persoalan itu.

Tidak berniat untuk menjadi seperti kacang lupakan kulit. Mahupun bersikap kurang ajar kepada orang yang lebih tua daripadanya. Cuma ada sesuatu yang ingin dia buktikan. “They don’t own me. But my parent does.” Bisiknya sendiri.

Setibanya di rumah, lid 'laptop' dibuka. ‘Headphone’ dilekatkan ke telinga. Lagu Kelly Clarkson bertajuk Catch My Breath diulang dengar banyak kali.


Catching my breath, letting it go,

Turning my cheek for the sake of the show,

Now that you know, this is my life,

I won’t be told what supposed to be right.


Catch my breath, no one can hold me back,

I ain’t got time for that,

Catch my breath, won’t let them get me down,

It’s all so simple now.


Dia tersenyum mengejek. It’s all so simple now ? Nope, tak semudah tu. Sejauh mana dia berlari, sejauh itu ‘ia’ akan tetap mengejar. Tiada jalan keluar. Selamanya terikat. Selamanya....

“Kau boleh tipu dia tapi kau takleh tipu diri sendiri."

Bait-bait kata itu bermain di fikiran. Tapi kata hanya tinggal kata andai gagal melakukan sesuatu tentangnya.

"Awak, dia panggil." Seseorang menuturkan bicara. Dia mengangkat muka. Wajah itu direnung. Perlahan dia mengangguk.

"Ok, kejap lagi saya datang."

Dan dia tahu kali ini dia gagal lagi untuk mengatakan 'Tidak'. Penumbuknya dikepal kejap. Marahnya tertahan. Buat penat aje lari tadi kalau tau macam ni akhirannya. Cis.

"Dear myself, I'm sorry...again." 
_________________________________________________________________________________

End.

p/s: sampaibilasampaibilasampaibilasampaibila... [selamanya u don't own ur life kalau macam ni. #sayabencidirisaya. Dang !]

A Memoir

Tasbih itu aku renung. Manik-manik kristalnya yang berjumlah 33 biji disusun elok dan diselang-selikan dengan warna hitam dan putih. Cantik ! Tersenyum aku melihatnya. Lagi-lagi apabila mengenangkan ianya hadiah pemberian seseorang sempena ulangtahun kelahiranku.

Aku mencapai kad kecil yang disertakan bersama tasbih itu. Ada sesuatu yang tercoret padanya.

Sanah helwah ya ukhti jamilah...

Semoga menjadi hamba
Allah, anak, pelajar
yang solehah
berjaya di dunia & akhirat.


~Ain~

"Ain.." Aku membisik nama itu perlahan.

Tasbih kristal itu kugenggam kemas. Tasbih yang dibuat sendiri oleh Ain untukku.

Terima kasih, Ain ! Awak buat saya rasa special. :)

_________________________________________________________________________________

“Ain, kejap.” Tanganku menarik lengan Ain, menghalangnya daripada berdiri.

“Huh ?” Ain memandang aku dengan kehairanan. Dia tidak jadi untuk bangkit dari duduknya di katil milikku. Aku mengengsot sedikit, membetulkan dudukku agar lebih dekat dengan Ain. 

“Stay like this for 5 minutes pleaseee..”  Serentak dengan itu aku melentokkan kepala dan melingkari kedua-dua tanganku ke bahu Ain. Ain tergelak kecil melihatkan aku sebegitu. Yalah, tetiba aje. Tak pernah-pernah aku sebegini.

“Kenapa ni ?” Tangan kanan Ain mengusap kepalaku lembut. Oh, Ain ni macam mak-mak dah. Aha.

“Saje. Rasa nak peluk someone.” Ucapku sambil tersenyum kelat. 

“Haha. Ada-ada je la awak ni.” Ain membalas senyumanku dengan tawanya yang masih bersisa.

Aku mengemaskan pelukan.

"Ain, next time saya sedih lagi boleh saya peluk awak...? :) "

_________________________________________________________________________________

Dang ! Okeh, saya rindu. =.="

End.

Thursday, July 18, 2013

Keboringan Tahap 1

Assalamualaikum.. Nah cerpen merapu di kala keboringan..hehe.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jari jemarinya laju mengetuk papan kekunci komputer peribadi. Kerja yang sudah bertangguh sejak tiga hari lepas, minit mesyuarat Kuliah Dhuha CAMPRO (Campus Dakwah Project) terpapar di skrin komputernya. “Fokus!” Desis hati kecilnya. Lagu ‘Fobia Cinta’ menjadi sajian halwa telinganya. Senyuman terukir di bibir. Terasa sedikit lucu mendengarkan bait-bait lagu tersebut. “Keanak-anakan..tapi menarik juga.”

‘Headphone’ di kepala dibetulkan sedikit kedudukannya. Mendengar lagu sambil membuat kerja sudah menjadi tabiatnya. Sekurang-kurangnya dia berjaya menahan kantok. Laporan itu harus disiapkan segera. Mana tidaknya, sudah tiga hari tertunggak. Mujurlah Assistant Programme Manager (APM) memahami. Apatah lagi ini kali pertama dia memegang jawatan setiausaha, sudah tentulah masih belum cekap menulis laporan. Teringat dia perbualan dengan APM di bilik mesyuarat tiga hari lepas.

“Saya lantik awak jadi setiausaha tau.”

Matanya sedikit membulat. Dia menoleh ke arah pemilik suara disebelahnya. Wajah ceria APM itu dipandangnya. Baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi dia sudah disergah dengan kenyataan itu. Nampaknya kali ini dia sudah tidak mampu melarikan diri lagi.

“Akak tak pernah putus asa dengan saya kan?” Pandangan APM ditentang. APM tergelak kecil sambil mengangguk-angguk. “Apa-apa jelah.” Dia tersenyum sendiri, malas membangkang.

Belajar daripada kehidupan, kutip setiap pengalaman..dia tahu itu. Laman pencarian Google dibuka. Beberapa contoh laporan minit mesyuarat diteliti. Bukan tidak pernah belajar di sekolah dahulu, cuma dia sudah ingat-ingat lupa. “Belajar utk lulus periksa beginilah jadinya.” Dia mengeluh sendiri. Tiba-tiba terasa ‘headphone’nya dialihkan drpd kepala. Eh ?

“Mengeluh apa tu Cik Setiausaha? Hehe..” Suara lunak itu menyapa gegendang telinganya. Dia menoleh ke belakang. Teman sebiliknya itu sedang tersenyum simpul. Lesung pipit jelas kelihatan di pipi kanannya. Adila ! Nakal sungguh orangnya.

“Teringat kat awaklah. Rindu. Seharian tak nampak,” usiknya sambil tersengih. Mengusik teman-teman sejantinanya sebegitu sudah menjadi kebiasaan. ‘Headphone’ ditangan Adila diambil dan disangkutkan ke leher.

“Hahaha..yelah tu.” Galak Adila tertawa senang sebelum menekup mulutnya dengan tangan, bimbang menganggu lena teman-teman sebilik yang lain. Mudah benar dia tertawa, pantang diusik. Muka gadis berkulit cerah itu sudai mulai kemerahan.

“Haha. Betul la. Awak tu kenapa tak tidur lagi ? Dah lewat ni.” Dia menukar topik bicara. Jam tangannya dikerling. Sudah melebihi angka 12 malam. Biasanya Adila sudah tidur pada waktu begini, kecuali ada tugasan yang menuntut lebih perhatian.

“Ha, saya nak tidur la ni. Saje jenguk awak buat kerja, ” ucapnya riang sambil menapak menghampiri. Pandangannya tertancap pada paparan di komputer peribadi itu. Laporan minit mesyuarat yang masih belum siap itu ditelitinya. “Bagus !” Bahu itu ditepuk perlahan. Senyuman manis menghiasi wajah Adila. Barisan giginya jelas kelihatan.

Dia tersengih. Sudah dikhabarkannya kepada Adila sedari pagi tadi supaya meneliti hasil kerjanya. Dia bukanlah seorang yang begitu arif mengenai laporan minit mesyuarat. Maka sewajarnya dia merujuk kepada yang lebih berpengalaman daripadanya. Namun, minit mesyuarat itu masih belum siap sepenuhnya. Baru 50 % yang siap. “Harus disiapkan malam ini jugak !” Dia nekad.

“Boleh saya tutup lampu kat siling ?” Adila mengunjuk lampu kalimantang yang bersinar terang itu.

“Yup, tutuplah. Saya pakai lampu belajar.”

“Okeh, ‘sorry’. Kalau tak tutup, nanti saya tak boleh tidur.”

“Haha, rilekslah. Selamat malam Adila.”

“Ok, selamat malam.”

Gadis itu berlalu pergi ke ruangannya dan dia menyambung kerja yang tertangguh. Menginjak ke jam 2.30 pagi, kantoknya semakin menjadi-jadi. Habis satu mug air milo panas diminumnya. Namun tidak berhasil menyegarkan matanya. Entah sudah kali ke berapa dia menguap. Matanya mulai terasa berat.  Badan juga terasa penat. Dia mengeliat sedikit, membetulkan urat-urat yang terasa berselirat. Laporan minit mesyuarat itu dipandangnya sepi.

“Tak sempat jugak nak siapkan malam ni.” Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia berkira-kira mahu tidur sahaja. Kalau tidak ‘confirm’ esok dia mesti pengsan dalam kelas. Selesai menyimpan data minit mesyuaratnya, dia bingkas bangun dari duduknya, lampu belajar ditutup. Selimut diraih dan badannya direbahkan ke katil. Baru sahaja memejamkan mata, terus dia terlena. Penat sungguh barangkali !

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

End.

What happen to my life ?

Assalamualaikum..

It's not as simple as saying,"This is my life, I won't be told what's supposed to be right". Tu petikan lagu Kelly Clarkson yg bertajuk 'Catch my breath'.

Hehe..sebenarnya aku rasa penat sgt hari ni. Bukan penat fizikal tapi penat dan lesu jiwa melayan kerenah sesetengah orang. Aku tak tau kenapa tp org suka buat decision on my behalf. They don't give me choices tp terus bt keputusan muktamad. Aku tak layak bt keputusan sendiri kah ? Kenapa org suka pentingkan diri sendiri, tanpa ambil peduli perasaan org lain ? Kenapa ek ? Dan kenapa aku asyik yg kena ?

Setiap kali aku ckp, 'Tak nak/No' (or perkataan yg seangkatan dgnnya yg menggambarkan ketidakmahuan aku), don't know why people read it as 'Yes'. Aduss. T____T

Lagi susah bila people just won't listen. Walaupun aku ckp 'No' tp tu semua bagai di angin lalu je. Macam aku tak pernah ckp. Aku tak bisu tp org xnak dgr. Aku ada kemahuan sendiri tp org fikir aku robot mungkin. Sampai sudah aku tak dapat buat keputusan sendiri. Aku nak sangat suarakan apa yg aku mahu, tp bila setiap satunya disanggah hebat, aku hanya mampu tahan dan sabarkan diri. (so biasanya aku buat heartless trus..spya aku ley tahan diri drpd menangis disebabkan oleh terlalu bengang..hmmm)

Lagi parah bila aku sedang cuti semester ni. Entah kenapa org selalu fikir aku duk lepak je kat rumah. Xbuat pape. Mungkin yang kemas rumah, yg basuh pinggan, yg bt laundry, yg sidai angkat lipat kain, yg memasak, yg sapu lantai tu semua jin belaan aku kot yg buat (tapi kenapa aku xprnh tau pn aku ada bela jin =.=").

The only housework yg aku xbuat ialah iron baju kerja & baju kurung. So my maid buat part tu. The best part is bila my maid dtg on that day (dia biasanya datang 3x seminggu je, xduduk kat rmh aku). Hebat, seperti kerja terancang. Dia bijak sebab dia datang waktu petang. Ha, by that time biasanya umi abah aku akan balik. And normally aku akan menghadap laptop time tu (sbb housework semua dh setel). So situasi rumah yg bersih dengan my maid tgh iron baju & aku dgn lepaknya menghadap laptop akan menjadikan ia kelihatan seperti semua housework kat rumah tu dilakukan oleh my maid. Lembu punya susu tp sapi dpt nama. Hebat tak ? Dan aku akan dihentam sebagai tak buat apa2. Salah aku ke kalau usaha aku org xnampak ? Aku x expect org appreciate usaha aku tp at least jgn lempar tuduhan yg xbenar..please.

The End (mls tulis byk2).

Sincerely,
Aku


The freak me eh ? hmm @_@


p/s: Jangan buat aku mcm ni lagi pleaseee.. (k fine, xde adults yg dgr pn =.=)