Hiyaaaa ! Okeh, ni gaya fed up sebab dah berulang-ulang kali duk tengok video tutorial hijab yang sama tapi still tak dapat nak tangkap cara dia pakai shawl tu ! Haishh..dia pakai elok, sopan je, tapi bila aku try buat benda sama gak siyesly nampak selekeh tahap karma. #inisungguhtidakadil T_T
Last-last, macam biasa, lipat-lipat balik shawl tu and simpan dalam almari (eh, macam tak caya aje aku buat camni..harharhar). And kalau dah terbukak almari tu, apalagi..mata mesti terpandang kat awak kan..sobsss...kesayangan saya. ToT
![]() |
| Ni la kesayangan aku tu..ehe |
Tapi, tipu la kalau aku cakap aku tak rindu nak pakai balik jilbab labuh. Time sekolah menengah aku pakai jilbab labuh pegi sekolah for 5 years kot. 5 hari seminggu. Memula memang macam nak tak nak je pakai, tp in the end, rasa suka pakai jilbab labuh tetap akan tertanam jugak dalam hati..huhu.
Kadang-kadang aku harap masa zaman sekolah tu kekal selamanya. Supaya aku boleh choose both. Aku suka pakai jilbab labuh, tapi pada masa yang sama aku suka gak pakai tudung biasa. Well, nak gak pakai tudung macam-macam style kan, tapi still menitikberatkan konsep labuhkan tudung. Dulu, time pergi sekolah, pakai jilbab labuh macam biasa. Kalau pergi tuisyen or jalan-jalan, pakai tudung biasa yang bercorak-corak. Kalau jumpa ustazah kat supermarket, lagi la haru. Dari air muka ustazah pun aku dah tau apa yang ustazah fikirkan. Tak, aku tak fikir bukan-bukan. Cuma sebab ustazah dah banyak kali luahkan kekecewaan pasal kegagalan kami-kami ini untuk mengaplikasi pemakaian jilbab labuh dalam kehidupan seharian...selepas di tarbiah untuk 5 tahun. Ya. 5 tahun.... Boleh bilang dengan jari berapa ramai yang kekal dengan jilbab labuh selepas tamat sekolah. Dan aku tak termasuk di kalangannya. Sadis bukan ?
But still, don't judge a book by its cover. Aku mungkin tak pakai jilbab labuh tapi aku tak pernah buang rasa suka pakai jilbab labuh dari hati aku. Once in a while aku akan pakai balik jilbab labuh tu. Tapi kat dalam rumah la..hehe. Kenapa pakai balik ? Entah, sesaje. Okeh, the best word is rindu nak pakai balik. Well, jilbab labuh bagi aku really connected to heart la, susah nak diterangkan macam mana. Tapi siyesly aku rasa paling tenang kalau pakai jilbab labuh. Tenang, selamat. Hee.. Tu la perasaan yang aku takkan dapat rasa time pakai tudung lain. Aku tak tau org lain mcm mana, tapi tu yang aku rasa la. Lagi satu, kenapa pakai jilbab labuh dalam rumah ? Well that's because aku takut pada judgement orang. Kalau tempat yang aku pergi tu nobody's knows me, I would be so pleased utk pakai jilbab labuh. Tapi, kat tempat aku sendiri aku risau kalau aku terserempak dengan org yang aku kenal dan dia akan start judging siapa aku hari ini dengan masa silam. Hang sungguh kejam. Tak kisah la pujian atau makian, both i don't need it. Seriously. So jadila aku pakai jilbab labuh dalam rumah. Tu sebab aku punyala terdesak tahap karma rindu nak pakai..hehe.
_________________________________________________________________________________
Dear Q...awak ingat tak time awal bulan 6 hari tu saya mintak dgn awak
nak pinjam tudung labuh ?
Awak layan je kerenah sy.. Semangat awak pegi pinjamkan
jilbab tu dgn org lain, since yg awak punya dah bwk
balik rumah.
Ermm..saya buat muka kusut sangat eh ?
Huhu, sori, but still thanks sebab understand. ToT
Bila saya pakai tudung labuh yang awak pinjamkan tu,
saya ckp kat awk saya gembira sgt2,
tapi sebenarnya pada masa yang sama sy rasa sebak,
sebab awak memahami saya,
sebab awak rasa apa yang saya rasa
dan sebab awak sentiasa menyokong saya.
Q & Gang..korang memang terbaik.
Ukhuwah fillah abadan abada (tetiba..hehe)
:)
_________________________________________________________________________________
So untuk konklusi, bila nak pakai jilbab labuh kat public places ? Entah..hehe. Aku takde jawapan tu. Even after 5 years dah tamat sekolah menengah, aku still tak berjaya gather my strength untuk stand for myself & pakai jilbab labuh balik. Well, bila fikir-fikir balik, zaman sekolah dulu aku berani pakai jilbab labuh sekolah aje pi supermarket (lengkap dgn uniform sekolah la). Dan aku tahu rasa kemenangan itu..hehe..plus rasa bangga dgn diri sebab dpt pakai jilbab labuh kat public places..hoho.
Dan abg aku xpernah give up gak pujuk aku pakai jilbab labuh. Setiap tahun kot..hehe. Sampai aku pelik dia tak penat ke nasihat benda yang sama ? Ayat dia aku siap dah boleh hafal dah, "Kenapa pakai mcm ni ? Pakai la jilbab labuh, baru cantik." Dan pagi tadi abg aku ternampak jilbab labuh aku tu. Tetba dia buat special request, "Pakai la. Lama dah tak tgk Fiy pakai jilbab labuh." So, pakai la kejap. And he smiled. Okeh, mengada-ngada betul. Byeee~


2 comments:
ehehe..
lebih kurang sama la kita. pakai tudung labuh masa pegi skolah je. masa dulu tu just ikot peraturan sekolah. dan hanya 3 tahun je blajar kat skolah yg kena pakai tudung labuh.
memang betul, nak pakai tudung labuh ni kena ikhlas dari hati dan kena faham kenapa kita kena pakai tudung labuh sebenarnya. sama macam kita faham kenapa kita kena solat. :)
mula-mula nak start pakai balik tudung labuh, memang macam2 dalam fikiran. asik fikir apa orang kata. tapi in the end, sy hanya nak fikir apa Allah kata. bila dah biasa pakai, dari situ kita dapat ikhlas, rasa pelik bila pakai tudung biasa dan memang nak kekal je pakai tudung labuh.
Allahu.
Moga Allah bekalkan kekuatan utk terus istiqamah dengan amalan walaupun masih banyak cacat cela.
inshaAllah, ifah juga boleh!
* sori..panjang pulak komen.. *
Allah.. Saya rasa nak menangis bila baca komen kak kinah..huhu. Insya-Allah.. pakai tudung yg dilabuhkan dah selalu buat tapi pakai balik jilbab labuh tu yg x mampu buat..haiyoo~
Post a Comment