Assalamualaikum.
Adoi, rasanya diri ini sungguh bias. So in the end, matikan phone terus. Kalau ada sapa2 yang msj, sori eh kalau msj tak masuk. Sori jugak kalau tak reply mesej. Malam nanti insya-Allah saya reply. Fon call pun tak nak terima gak..hoho. Jangan fikir saya benci, meluat ke ape ke sampai off fon. Tak, bukan. Saya just need time to think jap, alang-alang internet buat hal ni. Yap saya suka berfikir, fikir balik setiap tindakan saya, apa yang saya dah buat, apa yang saya sepatutnya buat, fikir balik apa Allah dah bagi pada saya, juga apakah saya sudah mensyukurinya dan etc2... Banyak benda boleh difikir. Muhasabah balik diri sendiri. :)
Btw, Ramadhan yang berlalu pergi, rugi lah kalau selepas ketiadaannya kita masih di takuk yang lama. Hidup ni tak lama kawan-kawan. Kita hidup bukan untuk bersuka ria tapi untuk mengumpul amal. Hidup ni indah kan ? Sampaikan kita masih terleka walaupun Allah bagi bermacam-macam ujian. Manusia memng selalu berbuat silap. Saya berbuat silap. Anda juga berbuat silap. Sebab kita sama-sama manusia yang iman ada turun naiknya. Tapi jangan pernah menyerah. Nyawa ini masih belum berpisah dari jasad. Usahakan mencapai taqwa semampu kita. Moga Allah jadikan kita Mukmin yang lebih baik insya-Allah.
Amin.
Amin.
Amin.
Allah....
Since esok raya, so nak wish la jugak, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Yup, seriously saya nak mintak maaf banyak2. Saya manusia, saya banyak berbuat silap dan saya nak minta maaf atas semua kesilapan saya. Terima kasih atas semua kasih sayang, perhatian , nasihat, dorongan & byk lagi jasa baik korang yang saya tak tertuliskan. Tak selayak rasanya menerima semua tu bila mengenangkan banyaknya kesilapan saya.
Apapun, terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.
Tak terbalas semuanya. :)
Esok, hari raya, hari kemenangan kita. Semoga kalian sentiasa berbahagia & dalam kasih sayang Allah selalu.
Wasalam..
No comments:
Post a Comment