Sunday, August 4, 2013

Elya Part 1

Assalamualaikum..

Aku menapak ke pintu rumah usai memarkir kereta. Kelihatan kakak dan adikku sedang duduk-duduk. Ada seorang lagi budak perempuan lengkap dengan uniform sekolah di situ.

"Ha, Fiy, cepat pergi hantar Elya ke sekolah. Dia terlambat tadi so kena tinggal dah." Suara kakakku menyapa gegendang telinga.

"Hah ? Pulak. Cepat Elya !"

Segera aku berlalu ke kereta dan menghidupkan enjin yang sudah dimatikan tadi.
Terkulat-kulat Elya memakai kasut sekolahnya yang berwarna putih. Rambut kerintingnyanya yang diikat ekor kuda berayun-ayun ke kiri dan ke kanan apabila dia bergegas masuk ke dalam perut kereta.

Aku mengerling jam di dashboard. Jam sudah menunjukkan pukul 7.23 pagi. Sempat ke ni ?

"Masuk sekolah pukul 7.30 atau 7.45 pagi ?" Soalku sambil kaki kanan menekan pedal minyak. Masa untuk pecut laju-laju.

"Tak tahu." Comel suara itu menjawab.

Aku sekadar mengeleng-geleng kepala mendengarnya. Tak apalah. Harap-harap sampai sebelum pintu pagar sekolah ditutup. Harap-haraplah...

_________________________________________________________________________________


"Salam tangan dulu."

Aku menahan Elya daripada keluar daripada kereta. Tangan kanan kuhulurkan kepadanya.

"Kejap." Terkial-kial dia menggalas beg ke bahu sebelum tanganku disambut dan disalaminya.

"Nanti balik dengan Fakhruddin kan ?" Soalku kembali. Elya sekadar mengangguk dan pintu kereta ditutupnya.

Aku memandang Elya pergi seketika sebelum memandu kereta keluar daripada perkarangan sekolah rendah itu. Jam di dashboard dipandang sekilas. Pukul 7.28 pagi. Cool eh ? 5 minit je. Aku tersenyum senang hati.

Yess ! Akhirnya dapat jugak rasa pengalaman hantar adik ke sekolah ! Walaupun bukan adik kandung aku. Senyumanku melebar. Impian yang dah lama aku idamkan akhirnya terlaksana hari ini. Terima kasih Elya. ^^
Hahaha.

_________________________________________________________________________________


Aku melangkah laju melihatkan pintu rumah ibu saudaraku yang terbuka luas. Ada satu lagi pintu berjeriji besi selepas pintu besar itu, juga dibiarkan tidak berkunci ! "Err..biar betul dia ni.'' Gumam aku di dalam hati. Rasa bimbang mulai menerjah rasa. Bimbangkan si dia. Pantas aku menolak daun pintu. Dan susuk tubuh kecil itu menyapa pandanganku. Elya.

Melihatkan dia ada aku menarik nafas lega. Seorang budak perempuan berusia 9 tahun, berseorangan di sebuah rumah yang dibiarkan tidak berkunci, masakan aku tidak bimbang memikirkannya ?

Aku menutup kembali pintu jeriji besi dan menguncinya dari dalam. Pintu besar yang berada di luar pintu jeriji besi aku biarkan sahaja terbuka. Angin petang menerjah masuk melalui celah-celah pintu jeriji besi. Nyaman sekali.

"Elya, kalau duduk sorang-sorang kat rumah ni, kunci pintu jeriji ni tau. Kalau ada ramai orang dalam rumah ni baru takpe kalau tak kunci."

Aku memandangnya, mengharapkan reaksi sama ada dia faham atau tidak dengan kata-kataku. Tapi Elya hanya diam. Seketika dia membuang pandang ke sekelilingnya sebelum memandang aku kembali.

"Kak Fiy datang temankan Elya kat sini ke ? Elya duduk sorang-sorang dari tadi."

Aku terkedu. "Err..obvious sangat ke aku risaukan dia" ?" Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ya. Pukul berapa balik dari sekolah tadi ?" Aku cuba mengubah topik bicara sedangkan sebenarnya Elya sudah maklumkan kepadaku sebelum dia ke sekolah pagi tadi.

"1.45 ptg. Sebenarnya pukul 12 tgh hari dah habis sekolah tapi ni baru balik. Tadi ada majlis kat sekolah. Cikgu bagi duit raya."

Rajin dia berceloteh bercerita itu ini apa yang berlaku di sekolahnya tadi. Aku sekadar memasang telinga. Sesekali aku respon dengan bertanyakan soalan. Tidaklah dia fikir aku tidak endah pada celotehnya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2.15 petang. Baru lagi Elya pulang dari sekolah dengan anak jiran kami, tapi baju sekolahnya sudah ditukar dengan tshirt lengan panjang dan seluar track.

"Mak Fakhruddin ajak Elya duduk kat rumah dia tadi. Tapi Elya cakap tak apelah. Elya nak duduk sini."

Huhu.. Aku tersenyum kelat mendengarkan jawapannya. Masih kecil tapi sungguh berani duduk bersendirian di rumah sebesar ini.

"Elya puasa tak hari ini ?"

Pantas dia mengeleng. Aku menepuk dahi. Again ?

"Elya demam lagi. So Elya tak puasa."

"Dah makan belum ?"

Aku berlalu ke dapur dan membuka tudung saji di meja makan, meninjau pandang mana tahu ada makanan sahur yang masih berbaki untuk diberikan kepada Elya. Ada ikan masak kicap yang masih elok lagi untuk dimakan.

"Belum. Elya lapar. Elya tak makan sejak pagi lagi sebab tak bangun sahur pun. Kak Fiy, Elya nak nasi goreng putih..."

"Ha ?" Aku memandangnya sambil mengangkat kening. Dahla tak puasa pandai pulak mintak nasi goreng dengan orang yang puasa. Aku membuka tudung periuk nasi. Masih banyak nasi yang tidak luak, juga belum basi lagi. Nasib baik, kalau tidak aku berkira-kira mahu menyuruh Elya makan roti bersalut kaya saja. Kerja senang..hehe.

"Elya makan nasi putih je la, lauk ikan masak kicap tu ye ?" Aku tersenyum, gaya memujuk. Elya, please say yes. Aku tengok lauk ni pun dah kecur air liur kot.

"Kita masak nasi goreng putih la." Ujar Elya. Segera dia berlalu ke dapur sebelum muncul bersama kuali di tangan. Pantas kuali itu diletakkan pada dapur gas. Api gas dinyalakan. Cekap sungguh. Seakan-akan sudah biasa melakukannya. Tiba-tiba dia memusingkan tubuhnya memandangku.

"Kak Fiy cepatlah letakkan minyak ke dalam kuali. Elya tak reti buat tu."

Aku terkedu dengan tindakan pantasnya  Erk..bila masa aku setuju nak buat nasi goreng ??

Bersambung...

No comments: