Wednesday, August 7, 2013

:)

Assalamualaikum..

Hee..actually mata dah ngantuk sangat2 ni tapi gagahkan diri jugak utk tulis..oh-yeahh !

Well, hari ini ada majlis iftor family & orang2 kampung so agak busy menyiapkan itu ini. So malam ni ngantuk awal la sikit..hehe. So apa citer ?

1st rasa terharu dengan usahasama my big family members, merangkumi my uncles, my aunties, my parents, my siblings, my cousins & my neighbours yang memberikan komitmen terbaik untuk majlis iftor tahunan kita. Million thanks to Abi, aka my eldest uncle yang led famili kita untuk buat semuanya sama-sama tahun ni...mengulang kembali memori gotong royong iftor kita dulu time arwah Che (nenek) masih hidup.


Then, sambil2 buat kerja, I happened to realize yang masa dah berlalu dengan sangat pantas. My uncles & aunties semua dah beruban kepala & ada kedutan di muka. My cousins pulak semua dah besar panjang. Most dah menginjak ke usia awal 20-an. Dulu semua nampak sungguh hingusan. Sekarang dah kacak-kacak dan cantik-cantik belaka. Dan haluan kami juga dah tak sama.

Dan tahun-tahun akan datang, aku akan merindui saat-saat family aku stay together dan buat gotong royong macam ni lagi. Sebab nak kumpulkan semua macam ni lagi sungguh susah. Lagi-lagi bermula tahun ini, satu persatu cousins aku akan bertukar status from single to married. Yeah, I'm happy for everyone. Cuma kebahagian itu datang bersama pengorbanan. Komitmen kami akan lebih banyak selepas ini. And nothing lasts forever. Semua orang berubah, aku juga akan berubah. 

Legasi majlis iftor keluarga ini entah siapa yang akan teruskan oleh generasi ke 3, iaitu generasi aku. Dan mungkin caranya tidak akan sama lagi pada hari yang mendatang. Persoalan..masih mampukah kami pertahankan ? Atau mungkin ia akan langsung kami lupakan. Entah, aku tak punya jawapan. 

Meski generasi ketiga sudah besar panjang tapi masih hingusan dalam menguruskan majlis. Tidak meyakinkan aku kemampuan gen ke 3 meneruskannya selepas ini. Masih mengharap pak saudara & mak saudara kitorng uruskan semua. Huhu..

Dan rumah pusaka nenek ini suatu hari nanti akan terbiar sepi. Uncles & aunties aku dibesarkan di sini. Diganti dengan gelak tawa adik beradikku. Ia mulai sepi selepas perpindahan kami. Namun kesepian rumah itu makin mencengkam kini. Dan entah apa kesudahannya selepas ini. Yang pasti, ia akan ceria kembali, dengan suara anak-anak kami. Entah mampukah ia menunggu sampai tiba saat itu. Rasa mcm tak sempat je..huhu.

But I'm glad we made it through today. Saya sayang keluarga besar saya ! :)

Yaay~Byee

No comments: