Thursday, August 8, 2013

Aidilfitri 1434 H

Assalamualaikum..

1 Syawal 1434 H.

Hari yang sama. Masa yang berbeza. Situasi yang berbeza. Dan cara penampilan yang berbeza.

Antara kedua-duanya, aku lebih menyukai cara penampilan pada situasi yang kedua. Ia bersatu dengan prinsip diri. Melambangkan sejujurnya peribadi. Lebih menyejukkan hati. Lebih dekat dengan agama ini.

Dua cara penampilan yang berbeza. Yang pertama mengoncangkan keyakinan ini. Hadirnya gundah itu menerobos hati. Dan kesempurnaan yang dicari tidak pernah aku temui. Lagi-lagi tanpa ketenangan di sisi. 

Memujuk hati, bisikan halus itu kedengaran berkali-kali. “Raya cumalah sekali”. Dan diri berterusan diuji, oleh keindahan yang mengaburi. Juga oleh kegembiraan yang membutakan hati. 

Dek dahagakan pujian, dek menidakkan nista yang pernah dihujankan, prinsip itu tidak seluruhnya dipegang.
Ada yang diambilmudahkan. Dan aku menoleh ke belakang. Memandang diri di masa lepas yang diulang tayang. "Bahagiakah dirimu ?" Kami saling berbalas pandang. Kelihatan senyuman itu dalam ketidakpastian.


Malam mulai larut kini. Dan aku bertanyakan pada hati. “Apa khabar Imanku hari ini ?” 

Allah...

Salam Aidilfitri 1434 H. 

Taqabbalallahu minna waminkum. :)

p/s: suka tgk gmbr raya semua orang..so happening loh ! Hee 

Wednesday, August 7, 2013

Nota kaki :)

Assalamualaikum.

Adoi, rasanya diri ini sungguh bias. So in the end, matikan phone terus. Kalau ada sapa2 yang msj, sori eh kalau msj tak masuk. Sori jugak kalau tak reply mesej. Malam nanti insya-Allah saya reply. Fon call pun tak nak terima gak..hoho. Jangan fikir saya benci, meluat ke ape ke sampai off fon. Tak, bukan. Saya just need time to think jap, alang-alang internet buat hal ni. Yap saya suka berfikir, fikir balik setiap tindakan saya, apa yang saya dah buat, apa yang saya sepatutnya buat, fikir balik apa Allah dah bagi pada saya, juga apakah saya sudah mensyukurinya dan etc2... Banyak benda boleh difikir.  Muhasabah balik diri sendiri. :)

Btw, Ramadhan yang berlalu pergi, rugi lah kalau selepas ketiadaannya kita masih di takuk yang lama. Hidup ni tak lama kawan-kawan. Kita hidup bukan untuk bersuka ria tapi untuk mengumpul amal. Hidup ni indah kan ? Sampaikan kita masih terleka walaupun Allah bagi bermacam-macam ujian. Manusia memng selalu berbuat silap. Saya berbuat silap. Anda juga berbuat silap. Sebab kita sama-sama manusia yang iman ada turun naiknya. Tapi jangan pernah menyerah. Nyawa ini masih belum berpisah dari jasad. Usahakan mencapai taqwa semampu kita. Moga Allah jadikan kita Mukmin yang lebih baik insya-Allah.

Amin.

Amin.

Amin.

Allah....

Since esok raya, so nak wish la jugak, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Yup, seriously saya nak mintak maaf banyak2. Saya manusia, saya banyak berbuat silap dan saya nak minta maaf atas semua kesilapan saya. Terima kasih atas semua kasih sayang, perhatian , nasihat, dorongan & byk lagi jasa baik korang yang saya tak tertuliskan. Tak selayak rasanya menerima semua tu bila mengenangkan banyaknya kesilapan saya.

Apapun, terima kasih.

Terima kasih.

Terima kasih.

Tak terbalas semuanya. :)

Esok, hari raya, hari kemenangan kita. Semoga kalian sentiasa berbahagia & dalam kasih sayang Allah selalu.

Wasalam..

Thanks for the love !

Assalamualaikum..

Dah lama nak tulis ni. Tapi selalu lupa..hehe.

So since hari ini it happened again so nampaknya perlu tulis la ! Hehe.

Aku seriously tertarik dengan cara some of mak2 saudara & pak saudara kandung aku tunjuk cara diorang express loves pada anak2 saudara.

Iaitu dengan cium kepala. (Baca elok-elok, cium kepala tau, bukan kiss forehead..hoho).

Somehow, aku rasa aku dah terikut-ikut sikit cara tu. Sebabnya ada member baik aku tu, kalau aku tak sempat nak salam tangan dengan dia, aku just cium kepala dia aje..hehe. Well, member yang kamceng bebenor je aku buat mcm tu..haha..so rilek2 ya.

Okeh, meh aku bagi example eh. Situasinya ialah aku nampak pak saudara kandung aku, so aku pi hulur tangan, salam dengan dia. Yeah, as always, salam macam biasa, then my uncle akan tunduk sikit (sebab aku rendah drpd dia) & dia akan cium kepala aku yang ditutupi dgn tudung. But still boleh rasa kasih sayang pak saudara aku..sobss.. Aku memang syahdu sket each time pak saudara or mak saudara aku buat cmtu. Muka buat cover2 macam takde pape tapi hati berbunga-bunga + terharu sebab rasa disayangi oleh family besar..tehehehe. And walaupun dah besar panjang macam ni uncles & aunties aku still buat macam tu..tacing~

Kadang-kadang kalau tak cium kepala, diorang akan usap kepala. Paling best kalau diorng buat macam tu sambil cakap, "Terima kasih sebab tolong tadi." Yeahh, rasa hasil usaha anda sungguh dihargai. :)

Well, ada satu kali tu aku tolong auntie aku buat kerja. Then lepas dah siap, aku duduk bersila, lepak-lepak depan laptop. Mak saudara aku pulak dah nak beredar pergi somewhere else dah. Sempat la aku dengar dia ucap terima kasih kat aku. Tapi serentak dengan itu jugak, aku rasa dua2 tangan dia pegang both side kepala aku. My auntie bongkokkan badan sedikit (sebab aku dalam posisi duduk bersila atas lantai), dan cium kepala aku. Seriously aku rasa nak ckp "Thanks for the love." Tapi aku tak cakap, sebab aku terkedu time tu..haha. But still aku sangat  appreciate cara families aku express love. Hee.

Tapi kalau nenek dan atuk saudara kandung aku lagi la advance, nak berlaga pipi terus. Kalau dgn nenek saudara ok la, tp kalau dgn atuk saudara, hahaha..tahan je la rasa segan.

Well aku pernah kena ngan atuk saudara aku. Kisah awal tahun ini. Terjumpa dia kat majlis akad nikah pak sepupu aku, time ni kat majlis sebelah perempuan (so ramai pihak perempuan berbanding saudara-mara aku). Atuk saudara kandung aku jadi tok kadi & aku pi la salam dgn dia. Sekali dia cakap, "Nak cium pipi sikit." Wahaha..dengan terkejut (sbb request tu tiba2 je) + malu (he was surrounded by lelaki2 sebelah pihak prmpn)  + segan (sbb semua pandang), berlaga la pipi ngn atuk aku. Adoi pun. Muka pun dah konpem tukar kaler merah..tadaaa~ Huh.

Btw, dah ngantuk.

Enough said. Byee :)


:)

Assalamualaikum..

Hee..actually mata dah ngantuk sangat2 ni tapi gagahkan diri jugak utk tulis..oh-yeahh !

Well, hari ini ada majlis iftor family & orang2 kampung so agak busy menyiapkan itu ini. So malam ni ngantuk awal la sikit..hehe. So apa citer ?

1st rasa terharu dengan usahasama my big family members, merangkumi my uncles, my aunties, my parents, my siblings, my cousins & my neighbours yang memberikan komitmen terbaik untuk majlis iftor tahunan kita. Million thanks to Abi, aka my eldest uncle yang led famili kita untuk buat semuanya sama-sama tahun ni...mengulang kembali memori gotong royong iftor kita dulu time arwah Che (nenek) masih hidup.


Then, sambil2 buat kerja, I happened to realize yang masa dah berlalu dengan sangat pantas. My uncles & aunties semua dah beruban kepala & ada kedutan di muka. My cousins pulak semua dah besar panjang. Most dah menginjak ke usia awal 20-an. Dulu semua nampak sungguh hingusan. Sekarang dah kacak-kacak dan cantik-cantik belaka. Dan haluan kami juga dah tak sama.

Dan tahun-tahun akan datang, aku akan merindui saat-saat family aku stay together dan buat gotong royong macam ni lagi. Sebab nak kumpulkan semua macam ni lagi sungguh susah. Lagi-lagi bermula tahun ini, satu persatu cousins aku akan bertukar status from single to married. Yeah, I'm happy for everyone. Cuma kebahagian itu datang bersama pengorbanan. Komitmen kami akan lebih banyak selepas ini. And nothing lasts forever. Semua orang berubah, aku juga akan berubah. 

Legasi majlis iftor keluarga ini entah siapa yang akan teruskan oleh generasi ke 3, iaitu generasi aku. Dan mungkin caranya tidak akan sama lagi pada hari yang mendatang. Persoalan..masih mampukah kami pertahankan ? Atau mungkin ia akan langsung kami lupakan. Entah, aku tak punya jawapan. 

Meski generasi ketiga sudah besar panjang tapi masih hingusan dalam menguruskan majlis. Tidak meyakinkan aku kemampuan gen ke 3 meneruskannya selepas ini. Masih mengharap pak saudara & mak saudara kitorng uruskan semua. Huhu..

Dan rumah pusaka nenek ini suatu hari nanti akan terbiar sepi. Uncles & aunties aku dibesarkan di sini. Diganti dengan gelak tawa adik beradikku. Ia mulai sepi selepas perpindahan kami. Namun kesepian rumah itu makin mencengkam kini. Dan entah apa kesudahannya selepas ini. Yang pasti, ia akan ceria kembali, dengan suara anak-anak kami. Entah mampukah ia menunggu sampai tiba saat itu. Rasa mcm tak sempat je..huhu.

But I'm glad we made it through today. Saya sayang keluarga besar saya ! :)

Yaay~Byee

Sunday, August 4, 2013

Sabr

Ya Allah, jadikanlah aku ini di kalangan orang-orang yang sabar. Amin... Don't get angry please...

Elya Part 1

Assalamualaikum..

Aku menapak ke pintu rumah usai memarkir kereta. Kelihatan kakak dan adikku sedang duduk-duduk. Ada seorang lagi budak perempuan lengkap dengan uniform sekolah di situ.

"Ha, Fiy, cepat pergi hantar Elya ke sekolah. Dia terlambat tadi so kena tinggal dah." Suara kakakku menyapa gegendang telinga.

"Hah ? Pulak. Cepat Elya !"

Segera aku berlalu ke kereta dan menghidupkan enjin yang sudah dimatikan tadi.
Terkulat-kulat Elya memakai kasut sekolahnya yang berwarna putih. Rambut kerintingnyanya yang diikat ekor kuda berayun-ayun ke kiri dan ke kanan apabila dia bergegas masuk ke dalam perut kereta.

Aku mengerling jam di dashboard. Jam sudah menunjukkan pukul 7.23 pagi. Sempat ke ni ?

"Masuk sekolah pukul 7.30 atau 7.45 pagi ?" Soalku sambil kaki kanan menekan pedal minyak. Masa untuk pecut laju-laju.

"Tak tahu." Comel suara itu menjawab.

Aku sekadar mengeleng-geleng kepala mendengarnya. Tak apalah. Harap-harap sampai sebelum pintu pagar sekolah ditutup. Harap-haraplah...

_________________________________________________________________________________


"Salam tangan dulu."

Aku menahan Elya daripada keluar daripada kereta. Tangan kanan kuhulurkan kepadanya.

"Kejap." Terkial-kial dia menggalas beg ke bahu sebelum tanganku disambut dan disalaminya.

"Nanti balik dengan Fakhruddin kan ?" Soalku kembali. Elya sekadar mengangguk dan pintu kereta ditutupnya.

Aku memandang Elya pergi seketika sebelum memandu kereta keluar daripada perkarangan sekolah rendah itu. Jam di dashboard dipandang sekilas. Pukul 7.28 pagi. Cool eh ? 5 minit je. Aku tersenyum senang hati.

Yess ! Akhirnya dapat jugak rasa pengalaman hantar adik ke sekolah ! Walaupun bukan adik kandung aku. Senyumanku melebar. Impian yang dah lama aku idamkan akhirnya terlaksana hari ini. Terima kasih Elya. ^^
Hahaha.

_________________________________________________________________________________


Aku melangkah laju melihatkan pintu rumah ibu saudaraku yang terbuka luas. Ada satu lagi pintu berjeriji besi selepas pintu besar itu, juga dibiarkan tidak berkunci ! "Err..biar betul dia ni.'' Gumam aku di dalam hati. Rasa bimbang mulai menerjah rasa. Bimbangkan si dia. Pantas aku menolak daun pintu. Dan susuk tubuh kecil itu menyapa pandanganku. Elya.

Melihatkan dia ada aku menarik nafas lega. Seorang budak perempuan berusia 9 tahun, berseorangan di sebuah rumah yang dibiarkan tidak berkunci, masakan aku tidak bimbang memikirkannya ?

Aku menutup kembali pintu jeriji besi dan menguncinya dari dalam. Pintu besar yang berada di luar pintu jeriji besi aku biarkan sahaja terbuka. Angin petang menerjah masuk melalui celah-celah pintu jeriji besi. Nyaman sekali.

"Elya, kalau duduk sorang-sorang kat rumah ni, kunci pintu jeriji ni tau. Kalau ada ramai orang dalam rumah ni baru takpe kalau tak kunci."

Aku memandangnya, mengharapkan reaksi sama ada dia faham atau tidak dengan kata-kataku. Tapi Elya hanya diam. Seketika dia membuang pandang ke sekelilingnya sebelum memandang aku kembali.

"Kak Fiy datang temankan Elya kat sini ke ? Elya duduk sorang-sorang dari tadi."

Aku terkedu. "Err..obvious sangat ke aku risaukan dia" ?" Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ya. Pukul berapa balik dari sekolah tadi ?" Aku cuba mengubah topik bicara sedangkan sebenarnya Elya sudah maklumkan kepadaku sebelum dia ke sekolah pagi tadi.

"1.45 ptg. Sebenarnya pukul 12 tgh hari dah habis sekolah tapi ni baru balik. Tadi ada majlis kat sekolah. Cikgu bagi duit raya."

Rajin dia berceloteh bercerita itu ini apa yang berlaku di sekolahnya tadi. Aku sekadar memasang telinga. Sesekali aku respon dengan bertanyakan soalan. Tidaklah dia fikir aku tidak endah pada celotehnya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2.15 petang. Baru lagi Elya pulang dari sekolah dengan anak jiran kami, tapi baju sekolahnya sudah ditukar dengan tshirt lengan panjang dan seluar track.

"Mak Fakhruddin ajak Elya duduk kat rumah dia tadi. Tapi Elya cakap tak apelah. Elya nak duduk sini."

Huhu.. Aku tersenyum kelat mendengarkan jawapannya. Masih kecil tapi sungguh berani duduk bersendirian di rumah sebesar ini.

"Elya puasa tak hari ini ?"

Pantas dia mengeleng. Aku menepuk dahi. Again ?

"Elya demam lagi. So Elya tak puasa."

"Dah makan belum ?"

Aku berlalu ke dapur dan membuka tudung saji di meja makan, meninjau pandang mana tahu ada makanan sahur yang masih berbaki untuk diberikan kepada Elya. Ada ikan masak kicap yang masih elok lagi untuk dimakan.

"Belum. Elya lapar. Elya tak makan sejak pagi lagi sebab tak bangun sahur pun. Kak Fiy, Elya nak nasi goreng putih..."

"Ha ?" Aku memandangnya sambil mengangkat kening. Dahla tak puasa pandai pulak mintak nasi goreng dengan orang yang puasa. Aku membuka tudung periuk nasi. Masih banyak nasi yang tidak luak, juga belum basi lagi. Nasib baik, kalau tidak aku berkira-kira mahu menyuruh Elya makan roti bersalut kaya saja. Kerja senang..hehe.

"Elya makan nasi putih je la, lauk ikan masak kicap tu ye ?" Aku tersenyum, gaya memujuk. Elya, please say yes. Aku tengok lauk ni pun dah kecur air liur kot.

"Kita masak nasi goreng putih la." Ujar Elya. Segera dia berlalu ke dapur sebelum muncul bersama kuali di tangan. Pantas kuali itu diletakkan pada dapur gas. Api gas dinyalakan. Cekap sungguh. Seakan-akan sudah biasa melakukannya. Tiba-tiba dia memusingkan tubuhnya memandangku.

"Kak Fiy cepatlah letakkan minyak ke dalam kuali. Elya tak reti buat tu."

Aku terkedu dengan tindakan pantasnya  Erk..bila masa aku setuju nak buat nasi goreng ??

Bersambung...

Kesayangan..

Assalamualaikum






Okeh siyesly tak de keje..haha.
But still nak tgk gak selama mana mampu bertahan mengekalkan ketidakcuaian..hehe
:)

p/s: susah sungguh nak cri angle yg betul utk snap ukiran nama Light kat cincin tu.. Ehe.

Saturday, August 3, 2013

Welcoming New Car

Assalamualaikum..

Tadaa~ Ni kereta baru sempena raya ni..hewhewhew. Since semalam lagi dah sampai. Tapi semalam sampai kat rumah pukul 6ptg, tak sempat nak amik gambar. So petang tadi alang-alang abah suruh aku test drive (yeyo~), lepas park kereta je terus sambar smartphone adik & snap pic kereta banyak-banyak. Heh.

Hai boyfrenn.. haha
Aku actually nak kaler putih tapi umi nak kaler silver. So jadila ia kaler silver. Tapi takpe, lepas tengok banyak kali, hensem gak kaler silver ni... ;)




Time test drive tadi abah dah ajar dah basic-basic things, so yang lain-lain explore sendiri la.. Kasi khatam itu buku..yosh !



Aku tak amik gambar kat dalam kereta tadi, so yang ni pinjam gambar kat internet..ehe. Camni la rupa kereta tu kat dalam. Abah aku beli Preve Premium. Ha, ni aku pinjam kat internet gak, perbezaan antara Preve Premium & Preve Executive.

Preve 1.6 CVT Premium

1. Rear Spoiler
2. Push Start Button
3. Auto Cruise
4. Auto Wipers
5. Auto Climate Air Conditoner
6. Paddle Shifters (Aku paling excited tgk benda alah ni ada kat stereng..ada simbol + dan - .. So kalau tetiba nak drive pakai gear pon boleh dong ! Sampai gear 7 kot..hehe)
7. Auto Fold Side Mirrors (yg ni kan time reverse kereta side mirror still fold lagi.. Alaa..susah la nak reverse kat tmpt parking yg sempit. Tapi once dah drive ke dpn, lps 2 seconds dia automatik bukak. Tapi aku lagi prefer kalau dpt bukak side mirror tu sndri. Hmm..)
8. Built in GPS (Portable GPS for Preve Executive)
9. Auto Headlamp
10. Side Airbags
11. ISOFIX seat mountings
12. Tinted Film
13. 7-speed ProTronic
14. CFE engine (CPS engine for Preve Executive)



Oh, btw lupa nak cerita. Sebenarnya tak de dalam planning pun nak beli kereta baru. Tapi disebabkan oleh kereta umi aku rosak, enjin putus, so nak kena angkat enjin, tapi still gagal nak cari enjin baru, jd la repair tak siap-siap. Ada sebijik lagi kereta abah aku, so umi & abah share kereta la nak pergi kerja. Banyak la konflik yang berlaku. Klimaksnya ialah bila kereta abah aku pun rosak jugak, so menyebabkan tinggal motorsikal je the only vehicle yang berfungsi. Tadaa~ Memang masalah sebab bayangkanlah camna umi, abah & abang aku nak pegi kerja naik motorsikal. So terpaksalah pegi pinjam kereta mak saudara aku. Abah aku pi la kerja nek motor ke tmpt kerja sejauh 45 minit perjalanan (biasanya naik kereta). Dan aku la jadi driver pi hantar umi, abg & mak saudara aku pegi keje for a few days..sobss.. Bulan puasa ni wei. Dan kereta tu kereta manual.. ToT

Lagipun nak raya ni & kereta abah aku tu dia ada problem sket. Usia dia dah 13 tahun kot. So sangat tak sesuai untuk dipakai bawak jalan-jalan macam time raya ni. Lagi-lagi bila Hari Raya Ketiga ni maybe pegi raya kat Johor jap. Maybe la..xsure lagi jadi ke tak pergi. Tapi, if jadi pergi, really needs kereta yang sesuai utk jalan jauh & dapat muat kitorang satu family..hoho.

Well, as a conclusion, aku suka drive kerete ni. Compare dengan kereta automatik yang kakak aku punya, yang ni lagi best. Tak reti nak cakap macam mana, tapi best la..haha.. Byee~

Friday, August 2, 2013

Tudung biasa vs Jilbab labuh

Assalamualaikum..

Hiyaaaa ! Okeh, ni gaya fed up sebab dah berulang-ulang kali duk tengok video tutorial hijab yang sama tapi still tak dapat nak tangkap cara dia pakai shawl tu ! Haishh..dia pakai elok, sopan je, tapi bila aku try buat benda sama gak siyesly nampak selekeh tahap karma. #inisungguhtidakadil T_T

Last-last, macam biasa, lipat-lipat balik shawl tu and simpan dalam almari (eh, macam tak caya aje aku buat camni..harharhar). And kalau dah terbukak almari tu, apalagi..mata mesti terpandang kat awak kan..sobsss...kesayangan saya. ToT

Ni la kesayangan aku tu..ehe
Sebab marahkan si shawl tadi, so amik tudung labuh & pakai. Ha, sejuk sikit hati sebab tak payah susah-susah nak belit-belit bagai..harharhar. Ha, jilbab ni aku beli kat Bazaar Tok Guru time pegi Kelantan bln 6 hari tu..weheee. Actually time skolah dulu ade la jugak 2,3 helai jilbab pelbagai kaler. Tu belum campur dgn jilbab sekolah lagi. Tapi, lepas je habis sekolah, fuhh..lesap habis suma jilbab. Sedih sesangat baq hang, Tak tau nape aku sedih. Sedangkan aku tak pakai pun jilbab2  tu kecuali time pegi sekolah (pegi kelas & aktiviti sekolah). Apepun, bukan aku yang buang semua jilbab2 tu. Orang gaji aku la tu yang buat memandai dia..sobbsss.. Weh, pulangkannnn~

Tapi, tipu la kalau aku cakap aku tak rindu nak pakai balik jilbab labuh. Time sekolah menengah aku pakai jilbab labuh pegi sekolah for 5 years kot. 5 hari seminggu. Memula memang macam nak tak nak je pakai, tp in the end, rasa suka pakai jilbab labuh tetap akan tertanam jugak dalam hati..huhu.

Kadang-kadang aku harap masa zaman sekolah tu kekal selamanya. Supaya aku boleh choose both. Aku suka pakai jilbab labuh, tapi pada masa yang sama aku suka gak pakai tudung biasa. Well, nak gak pakai tudung macam-macam style kan, tapi still menitikberatkan konsep labuhkan tudung. Dulu, time pergi sekolah, pakai jilbab labuh macam biasa. Kalau pergi tuisyen or jalan-jalan, pakai tudung biasa yang bercorak-corak. Kalau jumpa ustazah kat supermarket, lagi la haru. Dari air muka ustazah pun aku dah tau apa yang ustazah fikirkan. Tak, aku tak fikir bukan-bukan. Cuma sebab ustazah dah banyak kali luahkan kekecewaan pasal kegagalan kami-kami ini untuk mengaplikasi pemakaian jilbab labuh dalam kehidupan seharian...selepas di tarbiah untuk 5 tahun. Ya. 5 tahun.... Boleh bilang dengan jari berapa ramai yang kekal dengan jilbab labuh selepas tamat sekolah. Dan aku tak termasuk di kalangannya. Sadis bukan ?

But still, don't judge a book by its cover. Aku mungkin tak pakai jilbab labuh tapi aku tak pernah buang rasa suka pakai jilbab labuh dari hati aku. Once in a while aku akan pakai balik jilbab labuh tu. Tapi kat dalam rumah la..hehe. Kenapa pakai balik ? Entah, sesaje. Okeh, the best word is rindu nak pakai balik. Well, jilbab labuh bagi aku really connected to heart la, susah nak diterangkan macam mana. Tapi siyesly aku rasa paling tenang kalau pakai jilbab labuh. Tenang, selamat. Hee.. Tu la perasaan yang aku takkan dapat rasa time pakai tudung lain. Aku tak tau org lain mcm mana, tapi tu yang aku rasa la. Lagi satu, kenapa pakai jilbab labuh dalam rumah ? Well that's because aku takut pada judgement orang. Kalau tempat yang aku pergi tu nobody's knows me, I would be so pleased utk pakai jilbab labuh. Tapi, kat tempat aku sendiri aku risau kalau aku terserempak dengan org yang aku kenal dan dia akan start judging siapa aku hari ini dengan masa silam. Hang sungguh kejam. Tak kisah la pujian atau makian, both i don't need it. Seriously. So jadila aku pakai jilbab labuh dalam rumah. Tu sebab aku punyala terdesak tahap karma rindu nak pakai..hehe.



_________________________________________________________________________________

Dear Q...awak ingat tak time awal bulan 6 hari tu saya mintak dgn awak 
nak pinjam tudung labuh ? 
Awak layan je kerenah sy.. Semangat awak pegi pinjamkan
jilbab tu dgn org lain, since yg awak punya dah bwk 
balik rumah.
Ermm..saya buat muka kusut sangat eh ? 
Huhu, sori, but still thanks sebab understand. ToT

Bila saya pakai tudung labuh yang awak pinjamkan tu,
saya ckp kat awk saya gembira sgt2,
tapi sebenarnya pada masa yang sama sy rasa sebak,
sebab awak memahami saya,
sebab awak rasa apa yang saya rasa
dan sebab awak sentiasa menyokong saya.

Q & Gang..korang memang terbaik. 
Ukhuwah fillah abadan abada (tetiba..hehe) 
:)
_________________________________________________________________________________

So untuk konklusi, bila nak pakai jilbab labuh kat public places ? Entah..hehe. Aku takde jawapan tu. Even after 5 years dah tamat sekolah menengah, aku still tak berjaya gather my strength untuk stand for myself & pakai jilbab labuh balik. Well, bila fikir-fikir balik, zaman sekolah dulu aku berani pakai jilbab labuh sekolah aje pi supermarket (lengkap dgn uniform sekolah la). Dan aku tahu rasa kemenangan itu..hehe..plus rasa bangga dgn diri sebab dpt pakai jilbab labuh kat public places..hoho. 

Dan abg aku xpernah give up gak pujuk aku pakai jilbab labuh. Setiap tahun kot..hehe. Sampai aku pelik dia tak penat ke nasihat benda yang sama ? Ayat dia aku siap dah boleh hafal dah, "Kenapa pakai mcm ni ? Pakai la jilbab labuh, baru cantik." Dan pagi tadi abg aku ternampak jilbab labuh aku tu. Tetba dia buat special request, "Pakai la. Lama dah tak tgk Fiy pakai jilbab labuh." So, pakai la kejap. And he smiled. Okeh, mengada-ngada betul. Byeee~