Thursday, August 8, 2013

Aidilfitri 1434 H

Assalamualaikum..

1 Syawal 1434 H.

Hari yang sama. Masa yang berbeza. Situasi yang berbeza. Dan cara penampilan yang berbeza.

Antara kedua-duanya, aku lebih menyukai cara penampilan pada situasi yang kedua. Ia bersatu dengan prinsip diri. Melambangkan sejujurnya peribadi. Lebih menyejukkan hati. Lebih dekat dengan agama ini.

Dua cara penampilan yang berbeza. Yang pertama mengoncangkan keyakinan ini. Hadirnya gundah itu menerobos hati. Dan kesempurnaan yang dicari tidak pernah aku temui. Lagi-lagi tanpa ketenangan di sisi. 

Memujuk hati, bisikan halus itu kedengaran berkali-kali. “Raya cumalah sekali”. Dan diri berterusan diuji, oleh keindahan yang mengaburi. Juga oleh kegembiraan yang membutakan hati. 

Dek dahagakan pujian, dek menidakkan nista yang pernah dihujankan, prinsip itu tidak seluruhnya dipegang.
Ada yang diambilmudahkan. Dan aku menoleh ke belakang. Memandang diri di masa lepas yang diulang tayang. "Bahagiakah dirimu ?" Kami saling berbalas pandang. Kelihatan senyuman itu dalam ketidakpastian.


Malam mulai larut kini. Dan aku bertanyakan pada hati. “Apa khabar Imanku hari ini ?” 

Allah...

Salam Aidilfitri 1434 H. 

Taqabbalallahu minna waminkum. :)

p/s: suka tgk gmbr raya semua orang..so happening loh ! Hee 

Wednesday, August 7, 2013

Nota kaki :)

Assalamualaikum.

Adoi, rasanya diri ini sungguh bias. So in the end, matikan phone terus. Kalau ada sapa2 yang msj, sori eh kalau msj tak masuk. Sori jugak kalau tak reply mesej. Malam nanti insya-Allah saya reply. Fon call pun tak nak terima gak..hoho. Jangan fikir saya benci, meluat ke ape ke sampai off fon. Tak, bukan. Saya just need time to think jap, alang-alang internet buat hal ni. Yap saya suka berfikir, fikir balik setiap tindakan saya, apa yang saya dah buat, apa yang saya sepatutnya buat, fikir balik apa Allah dah bagi pada saya, juga apakah saya sudah mensyukurinya dan etc2... Banyak benda boleh difikir.  Muhasabah balik diri sendiri. :)

Btw, Ramadhan yang berlalu pergi, rugi lah kalau selepas ketiadaannya kita masih di takuk yang lama. Hidup ni tak lama kawan-kawan. Kita hidup bukan untuk bersuka ria tapi untuk mengumpul amal. Hidup ni indah kan ? Sampaikan kita masih terleka walaupun Allah bagi bermacam-macam ujian. Manusia memng selalu berbuat silap. Saya berbuat silap. Anda juga berbuat silap. Sebab kita sama-sama manusia yang iman ada turun naiknya. Tapi jangan pernah menyerah. Nyawa ini masih belum berpisah dari jasad. Usahakan mencapai taqwa semampu kita. Moga Allah jadikan kita Mukmin yang lebih baik insya-Allah.

Amin.

Amin.

Amin.

Allah....

Since esok raya, so nak wish la jugak, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Yup, seriously saya nak mintak maaf banyak2. Saya manusia, saya banyak berbuat silap dan saya nak minta maaf atas semua kesilapan saya. Terima kasih atas semua kasih sayang, perhatian , nasihat, dorongan & byk lagi jasa baik korang yang saya tak tertuliskan. Tak selayak rasanya menerima semua tu bila mengenangkan banyaknya kesilapan saya.

Apapun, terima kasih.

Terima kasih.

Terima kasih.

Tak terbalas semuanya. :)

Esok, hari raya, hari kemenangan kita. Semoga kalian sentiasa berbahagia & dalam kasih sayang Allah selalu.

Wasalam..

Thanks for the love !

Assalamualaikum..

Dah lama nak tulis ni. Tapi selalu lupa..hehe.

So since hari ini it happened again so nampaknya perlu tulis la ! Hehe.

Aku seriously tertarik dengan cara some of mak2 saudara & pak saudara kandung aku tunjuk cara diorang express loves pada anak2 saudara.

Iaitu dengan cium kepala. (Baca elok-elok, cium kepala tau, bukan kiss forehead..hoho).

Somehow, aku rasa aku dah terikut-ikut sikit cara tu. Sebabnya ada member baik aku tu, kalau aku tak sempat nak salam tangan dengan dia, aku just cium kepala dia aje..hehe. Well, member yang kamceng bebenor je aku buat mcm tu..haha..so rilek2 ya.

Okeh, meh aku bagi example eh. Situasinya ialah aku nampak pak saudara kandung aku, so aku pi hulur tangan, salam dengan dia. Yeah, as always, salam macam biasa, then my uncle akan tunduk sikit (sebab aku rendah drpd dia) & dia akan cium kepala aku yang ditutupi dgn tudung. But still boleh rasa kasih sayang pak saudara aku..sobss.. Aku memang syahdu sket each time pak saudara or mak saudara aku buat cmtu. Muka buat cover2 macam takde pape tapi hati berbunga-bunga + terharu sebab rasa disayangi oleh family besar..tehehehe. And walaupun dah besar panjang macam ni uncles & aunties aku still buat macam tu..tacing~

Kadang-kadang kalau tak cium kepala, diorang akan usap kepala. Paling best kalau diorng buat macam tu sambil cakap, "Terima kasih sebab tolong tadi." Yeahh, rasa hasil usaha anda sungguh dihargai. :)

Well, ada satu kali tu aku tolong auntie aku buat kerja. Then lepas dah siap, aku duduk bersila, lepak-lepak depan laptop. Mak saudara aku pulak dah nak beredar pergi somewhere else dah. Sempat la aku dengar dia ucap terima kasih kat aku. Tapi serentak dengan itu jugak, aku rasa dua2 tangan dia pegang both side kepala aku. My auntie bongkokkan badan sedikit (sebab aku dalam posisi duduk bersila atas lantai), dan cium kepala aku. Seriously aku rasa nak ckp "Thanks for the love." Tapi aku tak cakap, sebab aku terkedu time tu..haha. But still aku sangat  appreciate cara families aku express love. Hee.

Tapi kalau nenek dan atuk saudara kandung aku lagi la advance, nak berlaga pipi terus. Kalau dgn nenek saudara ok la, tp kalau dgn atuk saudara, hahaha..tahan je la rasa segan.

Well aku pernah kena ngan atuk saudara aku. Kisah awal tahun ini. Terjumpa dia kat majlis akad nikah pak sepupu aku, time ni kat majlis sebelah perempuan (so ramai pihak perempuan berbanding saudara-mara aku). Atuk saudara kandung aku jadi tok kadi & aku pi la salam dgn dia. Sekali dia cakap, "Nak cium pipi sikit." Wahaha..dengan terkejut (sbb request tu tiba2 je) + malu (he was surrounded by lelaki2 sebelah pihak prmpn)  + segan (sbb semua pandang), berlaga la pipi ngn atuk aku. Adoi pun. Muka pun dah konpem tukar kaler merah..tadaaa~ Huh.

Btw, dah ngantuk.

Enough said. Byee :)


:)

Assalamualaikum..

Hee..actually mata dah ngantuk sangat2 ni tapi gagahkan diri jugak utk tulis..oh-yeahh !

Well, hari ini ada majlis iftor family & orang2 kampung so agak busy menyiapkan itu ini. So malam ni ngantuk awal la sikit..hehe. So apa citer ?

1st rasa terharu dengan usahasama my big family members, merangkumi my uncles, my aunties, my parents, my siblings, my cousins & my neighbours yang memberikan komitmen terbaik untuk majlis iftor tahunan kita. Million thanks to Abi, aka my eldest uncle yang led famili kita untuk buat semuanya sama-sama tahun ni...mengulang kembali memori gotong royong iftor kita dulu time arwah Che (nenek) masih hidup.


Then, sambil2 buat kerja, I happened to realize yang masa dah berlalu dengan sangat pantas. My uncles & aunties semua dah beruban kepala & ada kedutan di muka. My cousins pulak semua dah besar panjang. Most dah menginjak ke usia awal 20-an. Dulu semua nampak sungguh hingusan. Sekarang dah kacak-kacak dan cantik-cantik belaka. Dan haluan kami juga dah tak sama.

Dan tahun-tahun akan datang, aku akan merindui saat-saat family aku stay together dan buat gotong royong macam ni lagi. Sebab nak kumpulkan semua macam ni lagi sungguh susah. Lagi-lagi bermula tahun ini, satu persatu cousins aku akan bertukar status from single to married. Yeah, I'm happy for everyone. Cuma kebahagian itu datang bersama pengorbanan. Komitmen kami akan lebih banyak selepas ini. And nothing lasts forever. Semua orang berubah, aku juga akan berubah. 

Legasi majlis iftor keluarga ini entah siapa yang akan teruskan oleh generasi ke 3, iaitu generasi aku. Dan mungkin caranya tidak akan sama lagi pada hari yang mendatang. Persoalan..masih mampukah kami pertahankan ? Atau mungkin ia akan langsung kami lupakan. Entah, aku tak punya jawapan. 

Meski generasi ketiga sudah besar panjang tapi masih hingusan dalam menguruskan majlis. Tidak meyakinkan aku kemampuan gen ke 3 meneruskannya selepas ini. Masih mengharap pak saudara & mak saudara kitorng uruskan semua. Huhu..

Dan rumah pusaka nenek ini suatu hari nanti akan terbiar sepi. Uncles & aunties aku dibesarkan di sini. Diganti dengan gelak tawa adik beradikku. Ia mulai sepi selepas perpindahan kami. Namun kesepian rumah itu makin mencengkam kini. Dan entah apa kesudahannya selepas ini. Yang pasti, ia akan ceria kembali, dengan suara anak-anak kami. Entah mampukah ia menunggu sampai tiba saat itu. Rasa mcm tak sempat je..huhu.

But I'm glad we made it through today. Saya sayang keluarga besar saya ! :)

Yaay~Byee

Sunday, August 4, 2013

Sabr

Ya Allah, jadikanlah aku ini di kalangan orang-orang yang sabar. Amin... Don't get angry please...