Wednesday, July 17, 2013

Cinta itu terlalu abstrak

Assalamualaikum..

Cinta itu terlalu abstrak
Kadang-kadang tak terluah
Kadang-kadang tak terpamer
Kadang-kadang cintaku hanya menyakiti
Bukan kerana aku tidak cinta tetapi kerana terlalu mencintai.

Cinta itu terlalu abstrak
Boleh jadi hanya aku yg merasai
Boleh jadi aku disalah erti
Boleh jadi aku dilihatnya keji
Boleh jadi difikirnya aku benci.

Cinta itu terlalu abstrak
Kerana cinta, dirimu kulahirkan
Kerana cinta, kuberikannya didikan
Kerana cinta, kemahuannya ku turutkan
Kerana cinta, dirinya ku pertahankan
Kerana cinta, marahku tertahan
Namun, kerana cinta juga aku terbuang
Hanya kerana cintaku yang tak terluahkan.

Cinta itu terlalu abstrak
Ada yang tertanam sepi
Ada juga yang mengerti 
Tp tiada cinta manusia yg abadi
Lalu tangis kusendiri
Bersujud dalam nikmat cinta Hakiki
Kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui 
Segala rasa hati ini.

Cinta itu terlalu abstrak
Kerana itu juga aku mahu kau mengerti
Cinta bukan bererti selamanya memiliki
Saatnya tiba, kau harus melepaskan pergi
Dan relakan diriku ini
Kembali kepada Yang Lebih Mencintai. J


-Afiy- (12/06/13; 5.02pm)

find the love in this pic


p/s: Ehe. Puisi ini dinukilkan oleh aku sendiri. Hasil cetusan rasa selepas membaca sebuah novel tema kekeluargaan bertajuk 'Ayahanda'. Peace, no war. J

Tuesday, July 16, 2013

Awas bicara mu !

Assalamualaikum.

Adab dalam bersahabat..tutur kata harus dijaga. :)

Lain orang, lain cara dia berbicara dengan sahabatnya.

Kenali sahabat anda. Fahami dirinya, bila masa yg sesuai utk bergurau kata dan bila masa utk serius berbicara.

Kadang-kadang tanpa sedar ada hati yang terluka. Terkedu seribu bahasa. Sedangkan si pelaku langsung tidak menyedarinya. Ataupun masih dalam mood gurau kasarnya.

Jika org lain yg mendengarnya pn langsung tersentap, apatah lagi si dia yang dijadikan bahan jenaka.

Jangan sampai dia merasa terhina kerana becoknya mulut kita.

Diam itu lebih baik jika tiada perkataan baik yg mahu dituturkan.

So, hati-hati ya. :)

Sayang sahabat tak ? Kalau sayang, jgn bt mcm ni lagi. ^^



p/s: Salam 8 Ramadan 1434 H..hee

Tuesday, June 4, 2013

Cantik wajah & akhlaknya

Assalamualaikum.

Usai memberi salam, aku yg masih dlm posisi tahiyat akhir memandang dirinya yg duduk bersimpuh disebelahku.

Cantik orangnya..diperindah lagi dgn cantik akhlaknya.

Mulutnya terkumat kamit membaca bait-bait mathurat.

Tiada mathurat di tangannya, namun lancar dia menyebutnya penuh penghayatan.

"Hebat !", desisku perlahan.

Aku tidak menghafal mathurat seperti dirinya.

Lantas diri terasa hina.

Namun, aku menyambung ratibku selepas solat sambil ratib dirinya menjadi halwa telinga.

Bahagia, itu yang aku rasa.

Kerana kami bersama-sama menghayati cinta kepada Yang Esa.

Dengan ratib yang berbeza. :)

Usai berdoa aku bangkit dengan sejadah di tangan.

Saat kakiku melangkah keluar drpd musolla, dia masih di situ, berteleku mengalunkan ayat2 cinta-Nya.

Aku tersenyum.

Semoga Allah redha  dirimu sahabatku. Ehe. Senyum lebar2.


p/s: hee..jom selalu baca doa ni setiap kali tgk cermin ya.

"Allahumma kama ahsanta khalqi fahassin khuluqi"

Inspiration

Assalamualaikum.

Tetiba terinspire with someone's blog. :)
Nak study tapi mood xde. Y ? haha..entah. kdg2 aku ni pelik sket. Pagi2 buta tu bru nak ada semangat utk study. Huu~ So alang2 xde mood nk study tu, mula la blogwalking..hehe. And lps blogwalking kat satu blog tu, trus rasa nak update my blog. Waw ! hee~ Dahsyat juga impak blog tu kat aku ye..fuhh (sweating)

Btw, gomenasai to adikku sayang. Ingat lagi dulu adik suka bukak blog aku, haha..tp kakaknya ni dh malas nak update sampaikan adik tanya. Last2 adik tak follow dah. Fed up kah ? Haha..maaf byk2 ye. Hopefully, once dh start cuti nanti aku akan makin gigih update blog. Yeahh..biiznillah ! :)

So, mcm apa yg aku tlis td.
" Tetiba terinspire with someone's blog. :) "
and muzik latar blog tu best jgk. calm je dengar. ehe. nak buat jadi muzik latar utk blog aku jgk la..haha. (Tu pn kalau jumpa la lagu tu..haishh). Blognya buat aku ingat Tuhan kembali. Hati yg td rasa kosong, kembali terisi. Alhamdulillah :D
Thanks saudari. semoga Allah kuatkan saudari menghadapi hari2 yg mendatang. Fighting ! ^^
Cekidaut blognya di sini  http://krunchieroll.blogspot.com/

Oh, btw.. try tgk video ni.
Ia menceritakan tentang good deeds seseorg yang menjadi inspirasi kpd org lain utk buat baik jugak. Nice kan ? I wish for this kind of world. Please la everyone..make my wish come true. :)
Watch this video and learn. Ambil ibrah (pengajaran). Buat baik kat semua org. What goes around comes around okay ^^ 



So that's all folks ! Enough said for this post. Till we meet again in the next post ! Ehe. senyum lebar2 ya semua. :D

p/s: Jgn lupa, make good deeds contagious tau ! ^^

Monday, May 27, 2013

Oh, update !

Assalamualaikum.

hyeeeeee..lama btol dh xmnulis.. haha, bkn pe. idea byk je tp slalu xdpt cri masa utk tulis.
jam dh kul 3pg, mata pn dh mngantuk sbnrnya. tp saje bt ngada2 xnk tido lgy. saje dera diri sbb hr ni agak xde mood nk study. Allah~ :)

hr sabtu lps was my 1st final exam paper. bru lps 1 paper tp suma spirit dh hilang plak (bajet cm dh xde paper lgy dh pasni...hadoii T_T). n hr yg sama jgk, 25/3/13 tu my roommates and i celebrated beday slh seorg ahli bilik..hehe. may Allah bless u always dear, n may our ukhuwah last forever. love you lillahi Taala ! heee :D

Btw, sedih plak tgk blog ni xterupdate. gomenasai (cubit diri sndri..adess). Lps ni mahu gigih update blog ! (semangat* >_<)
My dream is to write everything that inspire me throughout my day. Semoga Allah permudahkan ! hehe :D

currently sedang dlm mood exam. wish me good luck ! tp exam2 jugak, al-Qur'an jgn lupa baca ya. at least 1 mukasurat sehari tau. Insya-Allah ! ^^


p/s: off to bed. mata dh mgantuk sgt2..T_T
jgn lupa bca doa ya ! Bismikallahumma ahyana wa amut. ;)