Tuesday, June 4, 2013

Cantik wajah & akhlaknya

Assalamualaikum.

Usai memberi salam, aku yg masih dlm posisi tahiyat akhir memandang dirinya yg duduk bersimpuh disebelahku.

Cantik orangnya..diperindah lagi dgn cantik akhlaknya.

Mulutnya terkumat kamit membaca bait-bait mathurat.

Tiada mathurat di tangannya, namun lancar dia menyebutnya penuh penghayatan.

"Hebat !", desisku perlahan.

Aku tidak menghafal mathurat seperti dirinya.

Lantas diri terasa hina.

Namun, aku menyambung ratibku selepas solat sambil ratib dirinya menjadi halwa telinga.

Bahagia, itu yang aku rasa.

Kerana kami bersama-sama menghayati cinta kepada Yang Esa.

Dengan ratib yang berbeza. :)

Usai berdoa aku bangkit dengan sejadah di tangan.

Saat kakiku melangkah keluar drpd musolla, dia masih di situ, berteleku mengalunkan ayat2 cinta-Nya.

Aku tersenyum.

Semoga Allah redha  dirimu sahabatku. Ehe. Senyum lebar2.


p/s: hee..jom selalu baca doa ni setiap kali tgk cermin ya.

"Allahumma kama ahsanta khalqi fahassin khuluqi"

No comments: