Sunday, April 8, 2012

Say NO to COUPLE !

Assalamualaikum..

          hye2..ini adalah kesinambungan dr my previous post.
yup, pasal A Guy or A Husband tu lah.
yeah, why all of sudden tetiba post cmtuh ?
huhu.. itu kerana time tu aku baru aje pulang dr dgr presentation usrah pasal LOVE & MARRIAGE..
yg mana main focus ianya adalah untuk menegaskan Say NO to COUPLE !
so agak tersentap dgn presentation kawan2, insaf kot..huk3.
jom, muhasabah diri balik !
btw, thanks kawan2.
siapa lagi nk remind kita pasal apa yang mengikut syariat Allah dan apa yg tak, kalau bkn org sekeliling kita kan. ^^
learn from everybody k, yosh !




         btw, pasal presentation kwn2 aku tuh, mcm biasa la, diorg ad bg definisi pasal 'Apa itu Cinta ?'
then, rukun2 nikah semua tu kan.
aku confirm korg dah khatam semua ni. masa kat sekolah menengah ada belajar kot.
tajuk munakahat dalam teks book syari'ah islamiah time aku form 5 dulu.

           tapi aku nak berkongsi something dgn korang.
kawan aku petik ni dari kata2 ustazah Fatimah Syarha yep.
beliau ada menyebut kategori2 cinta !

  • yang pertama: Biasa- Cinta ini cinta biasa yang ada pada semua org. Iaitu rasa mahu mencintai dan dicintai.
  • kedua, Luar Biasa. -Cinta ini cinta yang boleh bawa negatif. agak luar biasa jugak sebenarnya mencintai seseorg yg asing ni (sebab tak de hubungan yang halal dgn korang).Contohnya cinta bagai nak rak pada pasangan couple sampai yang berperangai buruk pun nampak indah. Ini lebih kepada terlalu taksub pada cinta pasangan couple ye.
  • ketiga, HIGH CLASS ! -cinta selepas akad nikah :) cuweet x ?
    ataupun jika pasangan itu yg belum bernikah, ianya adalah cinta antara dua insan yg bermujahadah dengan kuat untuk menahan diri dari hubungan yang melalaikan. ^^


Jom, menelaah al-Qur'an kejap, surah ar-Rum 30:21;



وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ



Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. 




          time presentation tu jugak kawan aku berkongsi tips yang diberikan oleh murabbi talaqqinya tentang cara nak mengenal pasti jika lelaki/perempuan itu jodoh korang.
caranya ialah bila korang pandang dia, korang rasa sejuk hati, tenang aje.
kalau korang rujuk ayat di atas, Allah dah berfirman yang korang akan rasa senang hati akannya.
aku tak pernah rasa so tak boleh la nak tolong korang..hehe..
korang try la identify sendiri ya, tp jangan la sampai renung org tu bagai nak rak.
macam tak pernah tgk orang aje. =.="

       
lagi tips (ini pulak dari fasilitator usrah aku) ialah camne nak kesan yang orang itu mempunyai ciri2 org beriman.
apekah caranya ?
well, kalau org tu ajak korang couple, korang rasa dia teguh iman tak ?
pastu ajak keluar, pastu pegang tangan, tepon2, sms korang walaupun dia tak halal untuk korang.
yup, ia nampak simple, tp itu terasnya.

          MUJAHADAH. 

itu tandanya dia punya keimanan yang teguh pada Allah.
kalau dah sebelum kahwin dah tak dapat nak kawal perasaan sendiri, mendahului perasaan cinta kepada makluk daripada perintah Allah, is that kind of person korang nak jadikan teman sehidup semati korang ?
imam korang ?
umi/abi pada anak2 korang ?
tepuk dada dan tanya iman.





          alam perkahwinan lebih mencabar daripada itu bak kata fasi aku.
so kalau diri sendiri pun dia tak dapat nak jaga, apatah lagi bila dah berdua, dan punyai anak nanti.
cabaran lebih sukar.
sukar mana tu aku tak taulah sebab aku pun belum kahwin.
fasi aku ckp nanti korang akan fahamlah once korang dan aku dah kahwin.


           lagipun kalau couple korang dah dpt hak2 yang sepatutnya dimiliki oleh suami korang ape je lagi yang tinggal untuk husband korang ? sentap kot aku time dengar camni..huk3 (my hubby, i'll behave from now on, insya-Allah).
tapi bukan perempuan je yg kena ya..
ingat LELAKI, anda semua disebut dulu supaya menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan dalam al-Qur'an yep, then baru ditegaskan kepada perempuan pula.


so apelagi korang ?
SAY NO TO COUPLE !
BUT YES TO NIKAH ^^

p/s: Carilah cinta Allah.
Supaya cinta yang datang selepas itu adalah insya-Allah cinta yang melengkapkan cinta kita kepada Allah.
Itu sebaiknya. :))

2 comments:

Si teNang said...

T-T
sentap jugak. serius kena mujahadah ngan kuat ni. hehe.
nak mujahadah apa pon tatawu laaa..kikikikiii~

nice entri!

Afiy said...

sesungguhnya sy manusia yg selalu lupa T_______T