Sunday, April 8, 2012

EXAM !!!!!!!!!

Assalamualaikum dan selamat petang.

                Yup, aku in the middle of exam sekarang. If korang notice la, aku letak banyak kot tanda seru kat tajuk tu. Betapa stressnya aku study non-stop ni..uhuk3. walaupun korang tak faham, buat2 ajela faham ek..ToT

   
bukan time exam aje tp time study pun muka aku dah jd cmni nah.
susah pyh aku habiskan baca tiap chapter..huu~


Tetiba aku teringat something. Al-Qur’an tafsirku berkulit coklat kucapai. Nah, ini dia !
Firman Allah dalam surah Al-Ma’arij, ayat 19-21:
Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh (19),
Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah
(20),
dan apabila dia mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir (21),
Kecuali org2 yang melaksanakan solat (22)..”

Dan seterusnya. Korang boleh rujuk sambungan ayat ni dalam al-Qur’an.


tapi serius, sentap aku bila baca ayt tu. Yela, aku just Allah uji dengan exam je pun tapi bagai nak rak dah tensionnya..huu. tu pun nak mengeluh kan ? padahal bak kata lecturer aku, “Kamu dah exam sejak tadika lagi, ape yang nak dikeluh-kesahkannya ?” J


Tak boring ke asyik berkeluh-kesah ? aku ingat lagi time kat sekolah dulu ade org bagi tazkirah. Hamba Allah tu ckp kalau kita mengeluh nanti pendek umur. Ye ke ? aku rasa tak de kaitan sebab Allah dh berfirman dalam surah al-Fatir, ayat 11: 
“...Dan tidak dpanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Luh Mahfuz). Sungguh, yg demikian itu mudah bagi Allah.”



memandangkan Allah dah terang dengan jelas dalam ayat di atas, so aku rasa tazkirah tu just nak menegaskan
yang tak elok kita mengeluh ni. bukankah Allah memberikan ujian kepada kita bersesuaian dengan setakat mana yang kita dapat tanggung ?
kan senang kalau always husnuzon (bersangka baik) dgn Allah !
Allah sentiasa berbuat mengikut sangkaan hamba2Nya ^^



p/s: jom selalu bersyukur dengan apa jua yang Allah bagi ya, insya-Allah :D

No comments: