Assalamualaikum.
Hakikat seorang manusia, dia selalu lupa.
Tapi Allah Maha Pengasih. Dia akan ingatkan kita bilamana
kita lupa.
Cuma sama ada kita nak terima teguran itu ataupun buat tak
peduli aje.
Satu cerita;
========================================================================
Tabung masjid tu hanya di depan mata.
Seperti kebiasaan, sekeping not biru dimasukkan
kedalamtabung menerusi satu celahan kecil.
Tapi hari ini, tabung itu dipandang sepi.
Bukan tidak tergerak hati utk memberi, tapi kali ini hati
berbisik, “Ah, sudah byk kali aku bersedekah. Apa salahnya jika hari ini aku
tidak melakukannya.” Dompet ditangan digenggam kejap. Orang lain yang
hulu-halang di kawasan pasar malam itu juga tidak mempedulikan tabung masjid
itu seperti dirinya.
Segera langkahnya dihayun pergi. Tapi sempat juga ekor mata
terpandang seorang lelaki memasukkan not kertas ke dalam tabung tersebut.
Dia tersentap.
Itu nasihat dr Tuhan. Ia hanya satu teladan yang mudah.
Tabung---------memberi. Sukarkah melakukannya ?
“Jika dia melakukannya, mengapa tidak aku ?”
Pantas dia berpatah balik. Not biru dikeluarkan dr dompet
dan dimasukkan ke dalam tabung.
Dia tersenyum. Terasa lega masih dikuatkan perasaan utk
melakukannya.
Di benaknya, dia teringat pada seseorang yg dikasihi yg tlh mengajarnya
erti memberi sedari kecil.
“Nenek, pahala sedekah ini utkmu.” J
========================================================================
Peringatan tu boleh dtg dalam mcm2 cara. Kesannya pada
setiap individu juga berbeza.
Tap yg paling penting sebenarnya ialah apa respon kita
kpdnya.
Peringatan takkan selalu datang. Kalau Allah ingatkan kita
apa yang kita lupa, itu tandanya Allah jaga kita.
Masih ada peluang utk berubah...selagi nyawa belum bercerai
drpd badan, J
So jaga iman selalu !
![]() |
| Kebahagian dalam memberi~ |

No comments:
Post a Comment