Sunday, September 29, 2013

The late night story...

Assalamualaikum..

Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Tapi di kepala ini masih terbayang babak2 yang berlaku sebentar tadi. 
She was giggling. Dan aku pandang dia dengan jiwa tanpa rasa. Seronok sangatkah ?

“Hensem dowh laki kau.” Usik sahabat kami.

Aku terpinga-pinga. Sejak bila dia berkahwin ? Tak pernah tau pun !
Dan dia masih dengan tawanya. Tawa yang dibuat-buat. Risaukah kerana kali ini dia terkantoi ? Dihantar pulang ke hostel pada pukul 2 pagi oleh teman lelaki. Heh. She’s dare enough.

Dan sekelip mata itu juga sisi pandang aku tentang dirinya berubah. Dia bukan orang yang aku kenal dulu. Mungkin sebetulnya aku tak pernah kenal siapa dia.

Keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim dan pulang di awal pagi sebegitu mungkin biasa pada pandangan orang lain, tapi tidak aku. Mungkin aku terlalu konservatif. Mungkin.

Dan aku minta, boleh tak jangan jadi semurah itu ? Mungkin aku berfikir terlalu radikal. Tapi his action explains everything, which is:

He don’t respect her.

Dan aku kecewa melihatnya. Entah kenapa cinta selalu membutakan mata pemiliknya. Semua nampak indah belaka ya ?

Barangkali dia lupa segala-galanya.

Tentang maruah keluarganya yang dipertaruhkannya.

Tentang kepercayaan ayahnya yang sudah diperkotak-katikkan olehnya.

Tentang harga dirinya yang dipermainkan oleh seorang lelaki sewenang-wenangnya.

Tentang halal dan haram tindakannya.

Dan dia seperti gembira mengkhabarkan kisah perhubungan mereka berdua, menambahkan rasa kecewa aku kerana terhakisnya nilai-nilai agama dalam generasi kita.

Dan pada seorang kawan aku usulkan satu pertanyaan. 

“Saya pelik macam mana seorang perempuan boleh keluar berdua-duaan dengan seorang lelaki aka bf dia. Macam pelik...kenapa dia tak perasan lelaki macam tu tak guna...”

“Oh, cinta membuatkan manusia lupa semuanya... Semua nampak indah belaka... Bila dah benci baru rasa menyesal.. Semua rasa ada...”

Aku tersengih melihatkan itu jawapannya. Kalau benar cinta, ia tidak sepatutnya membutakan. Masakan seseorang yang buta mata hatinya mampu membawa keluarganya ke jalan diredhai Allah.

Betulkan ?

To guys: If you love her, please respect her. Jangan jadi lelaki tak guna yang usung teman wanita ke hulu ke hilir.

To girls:  Jangan jadi seorang perempuan murahan hanya kerana seorang lelaki. If he can’t respect your decision, just leave him. It's ok if he can't, because somebody else can. Be strong. Allah will let you know someone better insya-Allah. J

End.